PENGUMUMAN DARIPADA: JAWATANKUASA INDUK PROMOSI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK: UMS KE ARAH PENSIJILAN SEMULA EKSA 2019
PEGAWAI DIHUBUNGI: ENCIK SAMSUIDIN NURDIN (013-854 7078) CIK NUR AMIR AZLIN BT AMIR (013-818 6261) PUAN NURUL IZZA BINTI MD NORDIN (013-850 0362) EN RAHMAT KASMIN (013-8540362)
 

PENGUMUMAN DARIPADA: UNIT LATIHAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SUBJEK: PEMAKLUMAN AWAL KURSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UMS SIRI 1/2019
 
PEMAKLUMAN AWAL KURSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UMS SIRI 1/2019
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan, Kursus Pengajaran Dan Pembelajaran UMS Siri 1/2019 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
 
Tarikh
:
8 - 12 Julai 2019 (Isnin - Jumaat) dan
 
 
15 - 19 Julai 2019 (Isnin - Jumaat)
Masa
:
8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat
:
Akan dimaklumkan kelak
 
 
3.       Untuk makluman, Kursus Pengajaran dan Pembelajaran adalah antara satu daripada syarat WAJIB pengesahan dalam perkhidmatan bagi Kakitangan Akademik selain Program Transformasi Minda. Sehubungan itu, kepada para pensyarah yang masih belum disahkan jawatan dan belum mengikuti kursus ini boleh memohon untuk menyertai kursus ini dengan mengisi borang kehadiran di pautan berikut: https://forms.gle/pmpVQxT4j1Weirwt8 selewat-lewatnya pada 31 Mei 2019 (Jumaat) untuk tindakan pihak kami selanjutnya.
 
Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Puan Hayati Salleh Baihaki (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / sambungan: 1437) atau En. Adrian Amatus (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / sambungan: 1132).
 
Terima kasih.

Pengumuman Daripada: Kementerian Pendidikan Malaysia
Subjek: Call for UK-Malaysia Higher Education Partnership Project Proposals 2019/2020
 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,    
                                                                                     
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Sepertimana YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan sedia maklum, Jabatan Pendidikan Tinggi dan British Council Malaysia telah mengadakan beberapa siri perbincangan bagi pelaksanaan kerjasama 'Higher Education Partnerships Programme: Enhancing the Sustainability of Technology Transfer and Research Management in Higher Education Institutions through Strategic UK-Malaysia University Partnerships' melalui bengkel dan mesyuarat pada November 2018 dan Februari 2019.
 
Susulan itu, Jabatan Pendidikan Tinggi dan British Council membuka permohonan bagi UK-Malaysia Higher Education Partnership Project Proposals 2019/2020. Matlamat utama pembukaan permohonan ini adalah untuk membangunkan kerjasama antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di UK dan Malaysia melalui perkongsian amalan terbaik dan kepakaran dalam pemindahan teknologi. Panggilan ini hanya terbuka kepada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan institut penyelidikan di UK yang memberi maklum balas terhadap Call for Expressions of Interest (Disember 2018) dan Bengkel Perkongsian oleh British Council, dan universiti awam atau swasta di Malaysia yang telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam Sustainability in Technology Transfer: Strategic UK-Malaysia Partnership Workshop pada Februari 2019 yang lepas. Sukacita bersama-sama ini disertakan dokumen permohonan yang terlibat.
 
Semua pemohon adalah dipohon untuk mengambil maklum akan perkara-perkara berikut:

 

4.1. Permohonan perlu dikemukakan melalui emel sebelum atau pada 27 Mei 2019 (17:00 GMT+8). Permohonan perlu dikemukakan secara bersama selepas persetujuan di antara kesemua ahli dan institusi.

4.2. Makluman keputusan djangka akan dimaklumkan pada 31 Mei 2019. Pelaksanaan projek dijangka akan bermula Jun 2019; dan

4.3. Permohonan perlu dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut:

 

British Council: Prabha Sundram, Head of Education, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Syauqi Azman, Education & Society Program Officer, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  

 

Jabatan Pendidikan Tinggi: Siti Fazlina Mohd. Sani, Penolong Pengarah Kanan, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Nor Amira Farhana Ahmad Zailani, Penolong Pengarah, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sekian, terima kasih.

 

Call for UK-MAL HE Partnership (.pdf)

Application Form  (.pdf)

Activity-Based Budjet (.pdf)