PENGUMUMAN DARIPADA : INSTITUT PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI 
SUBJEK : PROGRAM PEMATUHAN TERHADAP KONVENSYEN SENJATA BIOLOGI DAN TOKSIN (KSBT) SERTA PELAKSANAAN BIOSEKURITI
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kementerian Pertahanan selaku Agensi Peneraju Teknikal Konvensyen Senjata Biologi dan Toksin (KSBT) sedang melaksanakan Program Pendekatan KSBT dan  Pelaksanaan Biosekuriti.
 
Beberapa siri penerangan dan lawatan ke institut penyelidikan awam/swasta, institut pengajian tinggi awam/swasta serta premis industri berkaitan telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak STRIDE.
 
Sehubungan itu, YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk sesi yang akan diadakan di Universiti Malaysia Sabah pada ketetapan yang berikut:
 
       Tarikh              : 24 Januari 2019 (Khamis)
         Masa               : 8.30 pagi – 3.00 petang 
         Tempat           : Bilik Seminar, Institut Penyelidikan Bioteknologi
 
Di atas perhatian dan kerjasama YBrs Prof./Dr./Tuan/Puan bagi menjayakan program, amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.