PENGUMUMAN DARIPADA : Bahagian Pengurusan Kualiti, Jabatan Pendaftar 

SUBJEK : BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

Sukacita dimajukan Borang Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan Universiti Malaysia Sabah untuk pengisian di peringkat YBhg. Datuk/ Prof./Dr./Tuan/Puan. Maklumat tersebut sangat signifikan sebagai penandarasan terhadap tahap kualiti dan keberkesanan perkhidmatan kakitangan di Universiti Malaysia Sabah. 

Urusetia memohon jasa baik YBhg. Datuk/ Prof./Dr./Tuan/Puan untuk melengkapkan borang berkenaan selewat-lewatnya 31hb Januari 2019.

Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini adalah amat diharapkan dan disusuli dengan ucapan terima kasih.

Link Borang

PENGUMUMAN DARIPADA : FAKULTI KOMPUTERAN DAN INFORMATIK

SUBJEK : MyCyberSecurity "Clinic"

Sukacita dimaklumkan bahawa MyCyberSecurity Clinic (MyCSC@UMS), dibawah pengurusan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) akan mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Mac 2019 dengan menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Data dan Sanitasi Data kepada semua warga universiti, jabatan/agensi kerajaan dan persendirian dan orang awam dengan bayaran yang munasabah.

Sempena pembukaan Klinik Siber yang pertama di Borneo dan di universiti awam Malaysia ini, satu promosi “Pre-Launch” akan diadakan dimana perkhidmatan diagnosis awal cakera keras (Hard disc) dan sticks memori (Thumb drive) secara PERCUMA akan diberikan kepada semua warga UMS sebelum proses pemulihan data dijalankan.