PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK: HEBAHAN GERAN PENYELIDIKAN ISESCO TAHUN 2018
 
YBrs. Prof./Dr./tuan/puan,
Dengan segala hormat merujuk kepada perkara di atas dan lampiran disertakan adalah berkaitan.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian telah menerima makluman untuk hebahan berhubung permohonan Geran Penyelidikan Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO) 2018, sebagaimana lampiran yang dengan jelas menerangkan maksudnya.
 
Sebagai makluman, Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO) adalah sebuah jalinan kerjasama antara negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang bertujuan untuk meningkatkan persefahaman dan kerjasama dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan. Malaysia merupakan negara anggota ISESCO dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertindak sebagai National Point of Contact bagi ISESCO di Malaysia.  ISESCO Center for Promotion of Scientific Research (ICPSR) merupakan sebuah organisasi khas di bawah ISESCO yang bermatlamat untuk menyokong dan meningkatkan kegiatan serta kemajuan negara anggota dalam bidang penyelidikan sains dan teknologi. Antara inisiatif ICPSR adalah pemberian geran penyelidikan sebanyak USD10,000 bagi tempoh dua (2) tahun kepada para penyelidik muda yang berumur di bawah 40 tahun (secara individu ataupun berkumpulan) untuk menjalankan penyelidikan dalam sembilan (9) bidang seperti yang berikut:
 
  1. Nanotechnology,
  2. Health Biotechnology,
  3. Agricultural Biotechnology,
  4. Frontier Areas of Science and Technology,
  5. Engineering Sciences,
  6. Medicinal Plant,
  7. Information and Communication Technology,
  8. Applied Sciences, and
  9. Biological Sciences.
 
Sukacita dimohon kerjasama YBrs. Prof./Dr./tuan/puan untuk menyampaikan hebahan dan maklumat permohonan geran ini kepada penyelidik muda yang berminat di universiti YBrs. Prof./Dr./tuan/puan. Maklumat lanjut berkenaan geran boleh dirujuk dalam laman web melalui URL https://www.science4innovation.org/index.php/fellowships/.  Penyelidik yang berminat perlu mengemukakan permohonan kepada KPM pada atau sebelum 2 Julai 2018 (Isnin) menglkut garis panduan dan borang permohonan yang telah ditetapkan.  Sebarang pertanyaan lanjut hendaklah dimajukan terus kepada Puan Umathevi Ponnusamy di talian 03-8884 6107 atau melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..  Perhatian dan tindakan YBrs. Prof./Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih jua.
 
Sekian.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
SUBJEK:  MAKLUMAN BERKENAAN MANUAL PENGGUNA UNTUK PENILAIAN PERMOHONAN SECARA ONLINE DALAM SISTEM MAKLUMAT PENYELIDIKAN

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sebagaimana yang Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan telah sedia maklum, penilaian permohonan bagi Skim Geran Penyelidikan Universiti Malaysia Sabah (SGPUMS) (kategori SPLB dan SPBK) telahpun bermula.
 
Sehubungan itu, disertakan bersama ialah manual pengguna untuk penilaian permohonan secara online dalam Sistem Maklumat Penyelidikan bagi tujuan penilaian permohonan tersebut sebagai makluman dan rujukan Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK: JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN ‘INTERNATIONAL RESEARCH INNOVATION, INVENTION & SOLUTION EXPOSITION’ (IRIISE) UNIVERSITI MALAYA TAHUN 2018
 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaya bakal menganjurkan program ‘International Research Innovation, Invention & Solution Exposition 2018 (IRIISE 2018)’ seperti ketetapan dan butiran berikut:
 
            Tarikh   :           14 – 16 Ogos 2018
            Tempat :           Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya
 
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk budaya inovasi dalam kalangan para pelajar dan penyelidik serta menggalakkan kerjasama di antara ahli akademik dengan pihak industri. Acara ini akan menjadi platform untuk para penyelidik, ahli akademik, pelajar serta pengamal dari industri untuk menonjolkan bakat mereka, mengetengahkan idea-idea baru, dan mempamerkan ciptaan mereka untuk tujuan pengkomersilan.
 
Penyertaan IRIISE 2018 terbuka kepada tiga (3) kategori utama:
 
  • Pelajar sekolah rendah dan menengah
  • Pelajar peringkat Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda dari university tempatan dan antarabangsa
  • Golongan professional/ industry, pendidik, pelajar pascasiswazah, masyarakat dan institusi kerajaan dan swasta
 
Sehubungan itu, YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan adalah dialu-alukan untuk menyertai program tersebut. Bersama ini dilampirkan brosur program IRIISE 2018 untuk makluman serta rujukan lanjut di pihak YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.
 
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan pihak urus setia program tersebut di talian 03-7967 7673/ 2454 atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian, terima kasih.