PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK: PENGAKTIFAN ADOBE CREATIVE CLOUD, UMS
 
Makluman kepada semua staf UMS yang telah menerima notifikasi email daripada Adobe seperti dibawah . Email berkenaan adalah RASMI dan bukan SPAM Prof /Dr /Tuan /Puan bolehlah mengaktifkan untuk kegunaan bagi menyokong pengajaran dan pentadbiran.
 
Untuk makluman Prof/Dr/Tuan/Puan yang telah menerima notifikasi seperti di atas boleh memuat turun perisian yang telah di sediakan oleh Adobe secara percuma.
Maklumat dan panduan untuk mengaktifkan perisian ini boleh dirujuk di laman web rasmi JTMK atau http://www.ums.edu.my/jtmk/files/MANUAL-ADOBE.pdf
 
Nota: Acrobat Pro salah satu perisian adobe yang di sediakan untuk pengguna membuat proses convert fail Pdf kepada (Word,Excel dan Power Point).
 
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Helpdesk JTMK.

Pengumuman Daripada : Bahagian Perundangan dan Integriti, Jabatan Pendaftar

Subjek: KEWAJIPAN MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN SEMASA BEKERJA DAN SAHSIAH RUPA DIRI BAGI PEKERJA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

Adalah dimaklumkan bahawa merujuk kepada Peraturan Pakaian Semasa Bekerja dan Sahsiah Rupa Diri Bagi Pekerja Universiti Malaysia Sabah, semua kakitangan Universiti Malaysia Sabah adalah tertakluk untuk mematuhi peraturan ini.

Pihak Pengurusan Universiti mendapati, ada segelintir kakitangan Universiti yang tidak mematuhi peraturan ini termasuk mengenai larangan memakai purdah. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib terhadap kakitangan di bawah seliaannya. Jika berlaku sebarang pelanggaran kepada peraturan ini atau mana-mana peraturan lain, Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan yang bersesuaian.

Adalah diingatkan bahawa kegagalan kakitangan Universiti dalam mematuhi peraturan ini dianggap terjumlah kepada salah laku ingkar perintah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].

Bersama-sama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bil. 7/2011 bertarikh 6 Disember 2011 "Peraturan Pakaian Semasa Bekerja dan Sahsiah Rupa Diri Bagi Pekerja Universiti Malaysia Sabah" yang dibaca bersama Pekeliling Pendaftar Bil.8/2012 bertarikh 8 Ogos 2012 "Pindaan Peraturan Pakaian Semasa Bekerja dan Sahsiah Rupa Diri Bagi Pekerja Universiti Malaysia Sabah" untuk dimaklumkan semula kepada semua kakitangan di bawah seliaan masing-masing. 

 

1. Surat Makluman Kewajipan Mematuhi Peraturan Pakaian Semasa Bekerja dan Sahsiah Rupa Diri Bagi Pekerja UMSclickpink

2. Pekeliling Pendaftar Bil. 7 2011clickpink

3. Pekeliling Pendaftar Bil. 8 2012clickpink

 

PENGUMUMAN DARIPADA               :  URUSETIA, JAWATANKUASA ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN           
KEPADA                                             :  KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK                                              :   PENCALONAN BAGI ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2017
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
PENCALONAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2017
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.      
 
Anugerah Tokoh Kepimpinan merupakan salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam Anugerah Inovasi Universiti Malaysia Sabah. Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan tinggi terhadap sesuatu pencapaian yang cemerlang dan sumbangan kakitangan yang diakui mencapai tahap terbilang dalam kepakaran masing-masing serta mempamerkan ciri-ciri seorang pemimpin. Untuk makluman YBhg.
Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, penerima anugerah ini akan diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti (AKU) pada tahun ini.
 
Sehubungan itu, mohon kerjasama untuk mewar-warkan borang pencalonan bagi anugerah ini kepada kakitangan di jabatan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.
 
Bersama ini dilampirkan Garis Panduan Anugerah Tokoh Kepimpinan UMS dan Borang Pencalonan (Lampiran A) untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Pencalonan adalah bermula pada 24 Mei 2018 (Khamis) sehingga 11 Jun 2018 (Isnin).
 
Untuk maklumat lanjut pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Ismail Ladama, Penolong Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia di talian samg: 1444.
 
Kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: ARAHAN PENTADBIRAN BIL.1/2018: PEMAKAIAN TANDA NAMA DAN KAD PEKERJA BAGI KAKITANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Kali Ke-84 (Bil.4/2018) pada 15  Mei 2018 bersetuju agar pihak Pengurusan Universiti mengambil tindakan sewajarnya kepada pekerja yang tidak memakai tanda nama dan kad pekerja sepanjang masa bekerja/sepanjang berada di dalam kampus.
 
Sehubungan itu, tuan/puan adalah dipohon untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pekerja di bawah seliaan masing-masing.  Tuan/puan boleh merujuk Pekeliling Pendaftar Bil. 7 Tahun 2015 Garis Panduan Kemudahan dan Pemakaian Tanda Nama Bagi Kakitangan UMS dan Pekeliling Pendaftar  Bil. 6 Tahun 2016, Garis Panduan Permohonan, Pembekalan dan Reka Bentuk Kad Staf, Pelajar dan Pekerja Syarikat Kontrak.
 
Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.