Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS
Subjek: Perkhidmatan Turnitin Kini Kembali
 
 
Dengan sukacita mengumumkan bahawa perkhidmatan Turnitin kini boleh digunakan.

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar
Subjek: Pekeliling Pendaftar Bil. 2 Tahun 2018: Hari Kelepasan Am Tambahan Sempena Hari Mengundi Untuk Pilihan Raya Umum Ke-14
 
SEMUA KETUA JABATAN
(Senarai edaran seperti di lampirkan)
 
Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan;
 
PEKELILING PENDAFTAR BIL. 2 TAHUN 2018: HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN SEMPENA HARI MENGUNDI UNTUK PILIHAN RAYA UMUM KE-14
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 2 Tahun 2018 yang jelas maksudnya mengenai perkara tersebut di atas untuk makluman dan tindakan lanjut pihak YBhg. Datuk/Prof.Dr/Dr./Tuan/Puan.
 
3.       Mohon perkara ini dimaklumkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/).
 
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak YBhg. Datuk/Prof.Dr/Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
Yang ikhlas,
 
 
MOHD. ZAIDIE ADILAI  
Ketua
Bahagian Pentadbiran & Governan
Jabatan Pendaftar
b.p. Pendaftar
 
Surat (.pdf)

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Ecocampus
Subjek: Anugerah Kreativiti Ecocampus (AKE) 2017
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
02. Adalah dimaklumkan Pusat Pengurusan Ecocampus akan melaksanakan penilaian Anugerah Kreativiti Ecocampus (AKE) 2017 bermula 13 April sehingga 08 Mei 2018.
 
03. Sehubungan dengan itu, mohon pihak puan untuk menghebahkan di laman web/emel mengenai AKE ini.
 
04. Turut dilampirkan bersama ini borang penilaian dan kriteria penilaian untuk turut disertakan ke dalam hebahan tersebut.
 
05. Sebarang maklumat lanjut pihak puan boleh terus menghubungi saya di nombor 015-9611 5431 (Whatsapp sahaja).
 
Perhatian pihak puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 

Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu & Bahasa
Subjek: UMS International Language and Culture Carnival 2018
 
 
UMS ILCC 2018 akan diadakan pada 14.04.18 (Sabtu), di Dewan Resital bermula jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam. Antara aktiviti menarik ialah pameran Bahasa daripada 10 bahasa yang diajarkan di UMS (B. Inggeris, B. Melayu, B. Kadazandusun, B.Tamil, B.Mandarin, B.Korea, B.Jepun, B.Sepanyol, B. Perancis dan B.Arab) berdasarkan tema “Wedding Cultures”. Selain itu, terdapat juga gerai-gerai jualan makanan, minuman dan kraftangan.
 
Kemuncak UMS ILCC 2018 adalah Grand Night yang bermula jam 7.00pm, di mana para pelajar Bahasa akan membuat persembahan drama, tarian dan nyanyian berdasarkan tema Wedding Cultures dalam Bahasa-bahasa yang dipelajari. Acara menarik lain ialah peragaan pakaian tradisional dan moden daripada AJK ILCC 2018, cabutan bertuah, pertandingan menyanyi ILCC Idol 2018 yang akan mempersembahkan tiga peserta pusingan akhir. Peserta-peserta tersebut telah mendapat bimbingan vocal dari En Rhowell Rolland Pagi, guru vocal dan peserta pusingan akhir Asia’s Got Talent 2017. En Rhowell juga akan turut membuat persembahan istimewa pada malam ILCC 2018. Jangan lepaskan peluang! Tiket Berharga RM10 boleh diperolehi dari AJK ILCC 2018 atau di booth urusetia ILCC 2018 pada hari Sabtu. Untuk tempahan tiket sila hubungi AJK Shila – 0146742538 atau Ana- 0174272784.