Pengumuman Daripada
: Jabatan Bendahari
Subjek
: Latihan Penggunaan Sistem Tuntutan Elaun Lebih Masa (I-OT)
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Sesi latihan penggunaan Sistem Tuntutan Elaun Lebih Masa (I-OT) siri III akan diadakan seperti ketetapan berikut:
 
Sesi
Tarikh
Masa
Sesi I
04/01/2018(Khamis)
9.30 Pagi - 11.30 Pagi
Sesi II
04/01/2018(Khamis)
2.30 Petang - 3.30 Petang
Sesi III
05/01/2018(Jumaat)
9.30 Pagi - 11.30 Pagi
Sesi IV
05/01/2018(Jumaat)
2.30 Petang - 3.30 Petang
Lokasi : Makmal Komputer 3, Bangunan JTMK
 
Latihan adalah terbuka kepada pemohon tuntutan elaun lebih masa (kakitangan yang bekerja waktu biasa) dan pegawai memperaku dan melulus JFPIU.
 
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas bolehlah dirujuk melalui emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau talian telefon: 088-320 000 Samb:1380/1435

Pengumuman Daripada
: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek
: Makluman Penetapan ID dan Kata Laluan Bagi Akses Rangkaian ICT Berwayar (Wired Network) Kampus Induk
 
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi sedang menjalankan kerja-kerja mengkonfigurasi rangkaian berwayar bagi kampus induk. Adalah dimaklumkan, semua pengguna rangkaian Universiti perlu menggunakan id dan kata laluan masing-masing bagi mengakses rangkaian yang telah disediakan.

Penggunaan switch/hub tanpa pemakluman kepada JTMK perlu dimaklumkan bagi mengelakkan sebarang gangguan rangkaian kepada pengguna. Sebarang pertanyaan dan makluman bolehlah menghubungi talian Helpdesk JTMK ext 613100/3888