Pengumuman daripada: Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan
Subjek: Seminar "5th Regional Conference on Campus Sustainability (5RCCS2018)"
Pegawai dihubungi

: Dr. Awangku Hassanal Bahar Bin Pengiran Bagul (Ext:1637)

: Mohd Rizwan Bin Abd Majid (Ext: 1582)

: Andi Tamsang Binti Andi Kele (Ext:1484)

: Mohd Allif Anwar Bin Abu Bakar (Ext:1643)

 

 

 

 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), UMS
Subjek: Pengaktifan Office 365
 
Makluman kepada semua warga UMS ( akademik dan bukan akademik ) pihak JTMK  telah mengaktifkan aplikasi perisian microsoft 365 untuk kegunaan warga UMS. Justeru itu semua warga UMS boleh mengunakan dan memuat turun sendiri aplikasi tersebut, dilampirkan tatacara/manual pengaktifan akaun pengguna.

"DIY dan Universiti industri 4,0"

Pengumuman Daripada: Seksyen Pengurusan Inovasi, Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Subjek: Jemputan Untuk Menyertai “NATIONAL INNOVATION AND INVENTION COMPETITION THROUGH EXHIBITION 2018” (iCompEx’18) – Peringkat Kebangsaan
 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Dimaklumkan bahawa Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Kementerian Pendidikan Tinggi akan menganjurkan pertandingan National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2018” (iCompEx’18) peringkat kebangsaan pada 20 hingga 22 Mac 2018, bertempat di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah.
 
Penyertaan pertandingan adalah terbuka kepada semua pelajar. Bersama ini dilampirkan surat jemputan dan brosur daripada pihak penganjur untuk makluman serta rujukan lanjut di pihak  YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan. Borang dan syarat penyertaan pertandingan boleh dimuat turun melalui laman sesawang iCompEx’18 iaitu www.icompex.gov.my. Pengesahan penyertaan juga hendaklah dibuat secara atas talian melalui laman web berkenaan selewat-lewatnya pada 6 Februari 2018.
 
Turut dimaklumkan, segala perbelanjaan bagi menyertai pertandingan tersebut adalah dibawah tanggungan masing-masing. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan pihak urusetia penganjur iaitu Pn. Habshah binti Abu Bakar di talian 012-4329721/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Sekian, terima kasih.
 
Brosur (.pdf)
 

Pengumuman daripada : Pusat Alumni
Subjek : Jemputan ke Majlis Temu Mesra Alumni (Kakitangan) UMS & Pelancaran Model AI 1.0 (Alumni Inspirasiku)
 
YBrs. Datuk, Datin, Prof/Dr, Tuan/Puan
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Alumni menjemput YBrs. Datuk, Datin, Prof/Dr,Tuan/Puan, ke Majlis Temu Mesra Universiti Malaysia Sabah bersama Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti (PBPU) dan Pelancaran Model AI 1.0 (Alumni Inspirasiku) yang diadakan seperti ketetapan berikut :
 
Tarikh : 22 Januari 2018 (Isnin)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Dewan Auditorium, Pascasiswazah UMS.
 
Mohon kerjasama pihak YBrs. Datuk, Datin, Prof/Dr,Tuan/Puan untuk membuat pengesahan kehadiran sebelum 16 Januari 2018 (Selasa) di http://bit.ly/2D1GK0s.