PENGUMUMAN DARIPADA          
BAHAGIAN KESELAMATAN UMS
SUBJEK
KESESAKAN LALU LINTAS SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUSI LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN ZON NEGERI SABAH
 
Y.Bhg.Prof. Datuk/Datin/Dr/Tuan/Puan,
 
  1. Untuk makluman y.bhg.prof.datuk/datin/dr/tuan/puan, intitusi latihan kementerian kesihatan zon negeri sabah akan mengadakan raptai majlis konvokesyen didewan canselor ums pada 02 oktober 2017 (isnin) dan majlis majlis konvokesyen di  dewan canselor ums pada 03 oktober 2017 (selasa) bermula jam 7.00 pagi sehingga 3.00 petang.
  2. Dijangkakan berlaku kesesakan lalu lintas yang luar biasa di sekitar kawasan dewan canselor, ums
  3. Mohon kepada semua warga ums agar mematuhi segala peraturan lalu lintas yang telah ditetapkan dan arahan keselamatan dari semasa ke semasa. Seluruh warga ums dinasihatkan menggunakan laluan pintu ke-2 ums sebagai alternatif yang akan dibuka sehingga jam 6.00 petang.
  4.  Bersama-sama ini dilampirkan pelan laluan dan pelan laluan pintu keluar ke-dua untuk rujukan y.bhg.datuk/datin/prof./dr./tuan/puan.
  5. Sebarang aduan kecemasan boleh dilaporkan terus kepada pusat kawalan unit cctv dan komunikasi bahagian keselamatan di talian terus 088-320 111 atau 088-320 000 sambungan 1199.
  6. Perhatian dan kerjasama pihak y.bhg.prof. Datuk/datin/dr/tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian harap maklum.
Peta Laluan

PENGUMUMAN DARIPADA
JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK
MAKLUMAN PENSTRUKTURAN DAN PENJENAMAAN SEMULA JABATAN, PUSAT, BAHAGIAN DAN UNIT DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBrs. Prof./ Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya dirujuk perkara tersebut di atas.
 
2.  Sukacita dimaklumkan bahawa, Pihak Berkuasa Universiti telah bersetuju mengesahkan penstrukturan dan penjenamaan semula Jabatan, Pusat, Bahagian dan Unit di UMS seperti berikut:
    
BIL.
PUSAT/BAHAGIAN/UNIT TERDAHULU
NAMA BAHARU
PUSAT & PEJABAT
KELULUSAN
[KUAT KUASA]
CATATAN
1.
Sektor Pengurusan Strategik,
Pusat Pengurusan Strategik & Akademik
Pusat Pengurusan Strategik & Komunikasi Korporat
Mesyuarat LPU
 Kali Ke-80 (Bil.5/2017)
pada 19 September 2017
 
[1 Oktober 2017]
Penstrukturan semula
2.
Bahagian Perhubungan Korporat
3.
Sektor Pengurusan Akademik,
Pusat Pengurusan Strategik & Akademik
Pusat Kecemerlangan Pengajaran & Kualiti Akademik
Penstrukturan semula
4.
Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Pendaftar
Pusat Pengurusan Data & Maklumat
Penstrukturan semula
5.
Unit E-Pembelajaran
Pusat E-Pembelajaran
Naik taraf
6.
Pusat Hal Ehwal Antarabangsa
Pusat Pengantarabangsaan & Penglibatan Global
Penjenamaan semula
7.
Jabatan Canselori
Pejabat Canselori
Mesyuarat PBPU
Kali Ke-215 (Bil.9/2017)
pada 11 Ogos 2017
 
[11 Ogos 2017]
Penstrukturan dan penjenamaan semula
 
3.  Sehubungan itu, sebarang urusan rasmi hendaklah menggunapakai nama baharu Pusat dan Pejabat seperti dinyatakan di atas.
 
Segala perhatian dan kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

PENGUMUMAN DARIPADA
:  PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
PEGAWAI DIHUBUNGI
:  URUS SETIA PEREKA SAMBUNGAN : 613817/613823/613807
SUBJEK
:  SEMAKAN KEPUTUSAN  PENYERTAAN   PERTANDINGAN PENYELIDIKAN DAN REKACIPTA (PEREKA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2017.
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan keputusan  untuk menyertai Pertandingan Penyelidikan dan Rekacipta (PEREKA) Universiti Malaysia Sabah bagi tahun 2017 telah dikeluarkan secara dalam talian  bermula 29 September 2017 (Jumaat)  melalui laman sesawang : ppi.ums.edu.my
 
Sekian, harap maklum dan terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA
INSTITUT PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI, UMS
SUBJEK
"SABAH : FUTURE JOINT RESEARCH AND DEVELOPMENT BY USING MASS SPECTROMETRY "
Dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Bioteknologi akan mengadakan satu seminar dan bengkel seperti berikut:

Tajuk: ”Sabah : Future Joint Research and Development by Using Mass Spectrometry”
 
Penceramah: Dr. Jaran Jainhuknan, SEA Applications Support Manager, Bruker
                    Dr Syarul Nataqain Baharum , Head of  Centre for Genome and Analysis Technology (CGAT) 
                    & Centre  for Plant     Biotechnology (CPB),  INBIOSIS, UKM.
                    Dr. Ling Yee Soon, Senior Lecturer UMS

Tarikh: 11 - 12 Oktober 2017 (Rabu dan Khamis)
Masa: 9.00 am -4.00 pm
Tempat: Institut Penyelidikan Bioteknologi
 
Tarikh tutup pendaftaran penyertaan: 7 Oktober 2017

Bersama ini dilampirkan bersama adalah poster dan tentatif seminar dan bengkel tersebut. 
Sekian,  Terima kasih.