Pengumuman Daripada
: Pusat Sukan UMS
Subjek
: Senaman TABATA 11/10/2017 (Rabu)
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sukan UMS akan mengadakan sesi senaman "Tabata Boxing Workout" pada ketetapan berikut;
 
Tarikh : 11 Oktober 2017 (Rabu)
Tempat: Kompleks Sukan UMS
Masa : 5.00 Petang

 

Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warga universiti. Setiap peserta dikehendaki berpakaian sukan dan membawa air mineral dan penyertaan adalah percuma. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pusat Sukan (088-320 000, samb: 3158) atau En. Ramlan (014-8926342, samb: 3588).
 
Sekian.
 
 
 

Pengumuman Daripada
: Jabatan Pendaftar
Subjek
: Sambutan Bulan KreaNova Tahun 2017
 
Majlis Perasmian Sambutan Bulan KreaNova UMS akan diadakan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh
:  6 Oktober 2016 (Jumaat)
Masa 
:  8.30-11.30 pagi
Tempat
:  Galeri Majlis, Bangunan Canselori
           
Maklumat lanjut, bolehlah menghubungi:
 
Pn. Mashilla Nilus, samb. 1578
En. Raflan Arif, samb. 1145
Pn. Farazillah Amin, samb. 1145
 

Pengumuman Daripada
: Jabatan Pendaftar
Subjek
: KreaNova Fun Race 2017
 
Selaras dengan Sambutan Bulan KreaNova UMS Tahun 2017 pada Oktober ini, Jabatan Pendaftar akan menganjurkan beberapa aktiviti/program berkaitan dengan inovasi. Salah satu aktiviti ialah KreaNova Fun Race 2017 yang akan diadakan pada 26 Oktober 2017 (Khamis). 
 
Untuk kakitangan/pelajar yang berminat menyertai pertandingan ini, boleh rujuk poster dan Borang Permohonan yang dilampirkan.