PENGUMUMAN DARIPADA: PERPUSTAKAAN UMS
SUBJEK:  JEMPUTAN - SOFT LAUNCHING OF THE AMERICAN CORNER UNIVERSITI MALAYSIA SABAH LIBRARY
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa  Perpustakaan UMS akan mengadakan Soft Launching of the American Corner Universiti Malaysia Sabah Library  bertarikh 24 Mei 2017.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput bersama-sama memeriahkan Program ini di Aras 1, Perpustakaan UMS, pada 10.00 - 11.30 pagi. 
 
Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA:     SEKTOR PORTAL, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UMS
SUBJEK:     SESI NAIKTARAF LAMAN WEB RASMI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Adalah dimaklumkan, Laman Web Rasmi UMS akan melalui proses naiktaraf seperti pada ketetapan berikut:
 
  • Tarikh: 19 Mei 2017
  • Masa: 5.30 Petang - 6.00 Petang
 
Sehubungan dengan itu, laman web rasmi tidak dapat di akses pada waktu berkenaan. Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi.
 
Sekian dan terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA    : PUSAT PENGURUSAN ECOCAMPUS
SUBJEK                                  : JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI TAKLIMAT;
                                              - PENYERTAAN UMS DALAM UI GREENMETRIC WORLD RANKING  DAN
                                              - FEE ECOCAMPUS PROGRAM : PERANAN PEMEGANG TARUH UMS       
 
YBhg. Prof./Tuan/Puan, 
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
 
2.       Dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan EcoCampus akan mengadakan taklimat tersebut di atas pada ketetapan seperti yang berikut :
 
Tarikh              :           23 Mei 2017 (Selasa)
Masa                :           2.15 petang – 4.15 petang
Tempat            :           Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori
  
3.       Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput semua kakitangan dan pelajar yang berminat untuk hadir ke taklimat tersebut. Sebarang maklum balas mohon dikemukakan kepada pihak kami selewat-lewatnya pada 22 Mei 2017 (Isnin) melalui emel  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.