Pengumuman Daripada
: Pusat Penyelidikan & Inovasi
Subjek
: Pelawaan untuk Mengemukakan Permohonan Bagi Skim Penyelidikan Bersama Satu Anjuran Universiti Kebangsaan Cheng Kung (NCKU), Taiwan
 
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Penyelidikan Bersama SATU yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Cheng Kung (NCKU), Taiwan  telah dibuka.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan skim penyelidikan tersebut mengikut format yang telah diberikan, dan mengemukakan borang permohonan yang telah lengkap diisi kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) sebelum atau pada 7 Jun 2017 (Rabu).
 
Disertakan bersama ialah garis panduan dan borang permohonan untuk perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA:     BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK:     PENSTRUKTURAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA 2017
 
BIL.
NAMA PEGAWAI
UNIT DAN SEKSYEN
NO. SAMBUNGAN
1.
Encik Ismail Ladama
Unit Pengambilan Akademik dan Pentadbiran, Seksyen Perjawatan
1444
2.
Encik Razmi Awang Osman
Unit Pengajian Lanjutan, Seksyen Kemajuan Kerjaya
1058
3.
Puan Yanti Yusuf
Unit Latihan (Akademik), Seksyen Pembangunan Profesional
1106

Pengumuman Daripada
: Jabatan Pendaftar
Subjek
: Pekeliling Pendaftar Bil. 11 Tahun 2017: Pelaksanaan Waktu Bekerja Dalam Bulan Ramadhan Dan Pelepasan Bekerja Separuh Hari Pada Satu Hari Sebelum Perayaan Hari Raya Aidilfitri Bagi Kakitangan Beragama Islam Tahun 2017/1438H
 
SEMUA KETUA JABATAN
(Senarai edaran seperti di lampirkan)
 
Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
PEKELILING PENDAFTAR BIL. 11 TAHUN 2017: PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA DALAM BULAN RAMADHAN DAN PELEPASAN BEKERJA SEPARUH HARI PADA SATU HARI SEBELUM PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI BAGI KAKITANGAN BERAGAMA ISLAM TAHUN 2017 / 1438H
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 11 Tahun 2017 yang jelas maksudnya mengenai perkara tersebut di atas untuk makluman dan tindakan lanjut pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
3.       Mohon perkara ini dimaklumkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/U/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/).
 
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 

PENGUMUMAN DARIPADA:     PERPUSTAKAAN UMS
SUBJEK:    PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SEPANJANG BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1438H
 
Pengguna Perpustakaan yang dihormati, Waktu perkhidmatan Perpustakaan UMS sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak 1438H bermula pada 27 Mei 2017  hingga 24 Jun 2017  adalah seperti ketetapan berikut:
 
Isnin – Jumaat          :        8:30 pagi           –      10.30 malam
                                 :        5.00 petang      –      7.00 malam (TUTUP)
Sabtu – Ahad            :        8:30 pagi           –      5:00 petang
 
Untuk perkhidmatan yang berterusan sila layari laman web Perpustakaan UMS seperti berikut:-
 
ezproxy .ums.edu.my/login