PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PERPUSTAKAAN UMS
SUBJEK: "SCIENCE DIRECT" TERGENDALA SEMENTARA
 
Kepada semua pengguna,
 
Science Direct kini tidak boleh dicapai melalui talian rangkaian, walaubagaimanapun ia boleh dicapai menggunakan rangkaian tanpa wayar & perkhidmatan Off Campus Access   .
 

Pasukan teknikal kami sedang berusaha untuk menyelesaikan isu ini. Terima kasih atas kesabaran anda dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan.

 
** Akses hanya melalui pembekal perkhidmatan telekomunikasi tempatan.

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: PEKELILING PENDAFTAR
 
Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan:
 
PEKELILING PENDAFTAR:
  1. BIL. 6 TAHUN 2017: POLISI PENGURUSAN PERKHIDMATAN PERCETAKAN PEJABAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH;
  2. BIL. 7 TAHUN 2017: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MEL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (PINDAAN 2017); DAN
  3. BIL. 8 TAHUN 2017: TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA PENGURUSAN REKOD UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
  4. BIL. 9 TAHUN 2017: HARI PELEPASAN AM TAMBAHAN PADA 24 APRIL 2017 SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV SULTAN MUHAMMAD V
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Bersama ini disertakan Pekeliling Pendaftar Bilangan 6, 7, 8 dan 9 Tahun 2017 yang jelas maksudnya mengenai perkara tersebut di atas untuk makluman dan tindakan lanjut pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
Mohon perkara ini dimaklumkan kepada semua kakitangan di J/F/P/I/U/B masing-masing. Pekeliling tersebut boleh dicapai melalui laman web Jabatan Pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/).
 
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pengumuman Daripada
: Perpustakaan UMS
Subjek
: Penyelenggaraan Server Sistem Virtua Perpustakaan
 
Salam Sejahtera tuan/puan

Dimaklumkan bahawa Sistem Virtua akan tergendala (server down) bagi membolehkan kerja-kerja migrasi dan penyelenggaraan server bermula pada :

6 APRIL 2017(Khamis) hingga 7 APRIL 2017(JUMAAT)

Segala kesulitan amatlah dikesali.