PENGUMUMAN DARIPADA:  SEKSYEN KEMAJUAN KERJAYA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR   
              
KEPADA  :  KAKITANGAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
SUBJEK :   IKLAN KEKOSONGAN BAGI JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan,
 
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa kakitangan akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di Universiti ini dengan mengemukakan:
 
a) Curriculum Vitae’ (CV) yang lengkap dan terkini beserta gambar berukuran pasport; dan
b) Perancangan strategik sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
 
Tarikh tutup permohonan adalah pada 03 Mei 2017 (Rabu) dan sila kemukakan permohonan kepada PENDAFTAR, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, JALAN UMS 88400 KOTA KINABALU, SABAH. Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan.
 
Kerjasama YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
Lampiran:-

PENGUMUMAN DARIPADA :    JAWATANKUASA PROMOSI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PEGAWAI DIHUBUNGI :    CIK EARLENE KASAMIRA V. BT EDHAM (013-852 9292) PUAN NURUL IZZA MD NORDIN (013-8500362)
 
SUBJEK:    KEMPEN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH -AKTIVITI SERAGAM
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam proses ke arah pensijilan EKSA oleh pihak MAMPU pada bulan Oktober 2017. EKSA merupakan inisiatif penambahbaikan pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Matlamat ini adalah selaras dengan KRA4 : Memperkukuh Sistem Penyampaian dan seiring dengan lonjakan ke 7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 iaitu Ekosistem Inovasi.
 
Sehubungan itu, bagi menjayakan pensijilan tersebut, dimohon kerjasama semua Ketua Jabatan bagi setiap Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Unit agar dapat melaksanakan aktiviti EKSA yang keempat iaitu SERAGAM. Pastikan tempat kerja sentiasa kemas, bersih dan tersusun dengan seragam sepanjang masa.
 
Perhatian dan kerjasama daripada pihak YBhg.Prof/Dr/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pengumuman Daripada
: Seksyen Pengurusan Inovasi Pusat Penyelidikan Dan Inovasi(PPI)
Subjek
Pembukaan Permohonan Program Malaysia Laboratories For Academia-Business Collaboration (MYLAB) 1/2017, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Seperti yang YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan telah sedia maklum,  Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melancarkan program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) sebagai langkah menyahut hasrat kerajaan untuk meningkatkan jaringan kolaborasi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan sektor industri. Program MyLAB menyasarkan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu dan sumber secara sistematik.
 
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa pihak KPT telah membuka permohonan MyLAB 1/2017 kepada semua Universiti Awam bermula 1 April 2017. Berikut merupakan ringkasan maklumat penting berkenaan pembukaan ini ;
 
Bil.
Perkara
Catatan
1.
Tarikh buka
- 1 April 2017
2.
Tarikh Akhir (PPI)
Tarikh Akhir (KPT)
- 9 Jun 2017
- 30 Jun 2017
3.
Borang & Garis Panduan
- Muat turun daripada laman web MyGRANTS: http://mygrants.gov.my/
4.
Penghantaran permohonan ke PPI
- 2 salinan borang & dokumen hardcopy (untuk penilaian peringkat UMS)
- 1 salinan Softcopy borang & dokumen dalam CD/ Pendrive (untuk dimajukan kepada KPT setelah selesai penilaian)
5.
Penyelidik bersama
- Universiti Swasta & Institut Penyelidikan boleh menjadi ahli kolaborasi projek
6.
Urusetia PPI
1) Dr. Azaze @ Azizi bin Haji Abdul Adis ; Ext. 1171, email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2) Pn. Rozaidah Amir Hussein ; Ext. 1631, email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3) Cik Masrina binti Maujar ; Ext. 1034, email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Dilampirkan Borang Permohonan dan Garis Panduan MyLAB untuk makluman dan rujukan lanjut di pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.
 

Pengumuman Daripada
: Pusat Jaringan Industri dan Komuniti
Kepada
: Semua Pensyarah
Subjek
: Pembukaan Permohonan Dana Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) Kluster Pertanian Fasa 2/2017
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, 
 
Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa permohonan dana ICoE Kluster Pertanian Fasa 2/2017  kini dibuka sehingga 18 April  2017(Selasa).
 
Kriteria Kertas Kerja :-
1.
Program tersebut memberikan sijil kemahiran.
2.
Terdapat peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh industri.
3.
Mempunyai industri utama sebagai rakan industri
4.
Perkongsian dana (Industri/Agensi, Institusi dan ICoE)
5.
Maksimum peruntukan RM 5000 seorang pelajar
 
Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut sila hubungi urusetia melalui email (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) dan melalui telefon (088-320000, ext 612701).
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.