PENGUMUMAN DARIPADA: PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN  PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK (PPUMS)
SUBJEK: NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN  PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK (PPUMS) KALI KE-10
 
Semua Ahli Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik (PPUMS)
 
Tuan/Puan,
 
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PEGAWAI PENGURUSAN DAN  PROFESIONAL BUKAN AKADEMIK (PPUMS) KALI KE-10
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik (PPUMS) kali ke-10 akan diadakan seperti berikut:
 
Tarikh        : 27 Julai 2016 (Rabu)
Masa          : 8.00 Pagi
Tempat      : Bankuasi, Dewan Canselor, UMS
 
Sehubungan itu, pihak tuan/puan adalah dijemput menghadiri Mesyuarat Agung tersebut.  Bersama ini dilampirkan Agenda Mesyuarat Agung dan Atur Cara Majlis Perasmian untuk rujukan dan tindakan pihak tuan/ puan selanjutnya. Kehadiran  tuan/puan amat diharapkan untuk menjayakan Mesyuarat Agung ini.
 
Segala kerjasama dan sokongan tuan/puan amatlah dihargai dan dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: KEMPEN E-RESPON "WINNING MY STAKEHOLDERS"
 
Selaras dengan  Lonjakan 6: Pemantapan Tadbir Urus melalui program memenangi hati pelanggan yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pemegang taruh dan pelanggan, pihak Jabatan Pendaftar melalui Bahagian Pentadbiran dan Governan telah mencadangkan kempen E-Respon "Winning My Satkeholders" dan mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Eksekutif Jabatan Pendaftar (MEJ) Bil. 6 pada 21 Jun 2016.  Kempen ini diadakan sehingga hujung bulan Julai 2016.
 
Sehubungan dengan itu, pihak kami mengalu-alukan sebarang komen atau maklum balas pelanggan demi untuk menambahbaik perkhidmatan universiti.  Sebarang komen, aduan, atau cadangan penambahbaikan amatlah dihargai dan boleh disalurkan dalam sistem e-respon seperti yang dipaparkan dalam halaman utama website UMS atau melalui link berikut eoffice.ums.edu.my/e-respon.  Sebarang aktiviti-aktiviti JFPIU yang berkaitan dengan kempen ini amatlah digalakkan.

PENGUMUMAN DARIPADA : PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) PUSAT MINDA LESTARI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK: JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI ANJURAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) PUSAT MINDA LESTARI, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.
PEGAWAI DIHUBUNGI : PUAN NURUL IZZA NORDIN (013-8500362)
 
Ibubapa/Penjaga 
Kanak-Kanak Pusat Minda Lestari
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan kepada YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./TuanPuan, AJK PIBG Pusat Minda Lestari, Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri bersama ibubapa dan anak-anak Pusat Minda Lestari UMS mengikut ketetapan yang berikut;
 
Tarikh                :         29hb Julai 2016 (Hari Jumaat)
Masa                  :         9 :00 Pagi - 11:30 pagi
Tempat              :         Dewan Kuliah Pusat Lama (DKP A1), UMS
                                    (Bekas gelanggang badminton)                          
 
Sehubungan itu, mesyuarat juga bersetuju jamuan sempena majlis tersebut disediakan oleh ibubapa/penjaga secara  potluck. Ibubapa yang hadir juga dikehendaki mengambil anak di Taska/Tadika untuk bersama-sama meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri tersebut.
Jasa baik dan sokongan YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian dan terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI, PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK: JEMPUTAN KE SEMINAR LINDUNGI HARTA INTELEK UNTUK KEKAYAAN MASA HADAPAN
PEGAWAI DIHUBUNGI:                PUAN ROZAIDAH AMIR HUSSEIN
Samb. : 1631
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
CIK MASRINA MAUJAR
Samb. : 1034
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Dimaklumkan bahawa, PPI dengan kerjasama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) akan menganjurkan satu program seminar bertajuk “Seminar Lindungi Harta Intelek Untuk Kekayaan Masa Hadapan”. Penganjuran program tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh                    :           29 Julai 2016 (Jumaat)
Masa                      :           8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat                   :           Dewan Kuliah Podium D, Kampus Antarabangsa Labuan
                                           (KAL), Universiti Malaysia Sabah
                                               
Sehubungan itu, dijemput semua kakitangan akademik serta bukan akademik yang berminat untuk menghadiri program tersebut. Pengesahan kehadiran hendaklah dimaklumkan kepada urusetia melalui email kepada pegawai berkenaan selewat-lewatnya pada 22 Julai 2016 (Jumaat). Turut dilampirkan tentatif program untuk rujukan selanjutnya.
 
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan pegawai sepertimana tersebut di atas.
 
Sekian, terima kasih.