PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN PROJEK PEMBINAAN ECO SULAP UMS PEAK
 
 Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan;
 
 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Selaras dengan Blueprint EcoCampus UMS dan komitmen menjadikan UMS sebagai salah satu destinasi eko pelancongan ddalam kampus. Maka Jabatan Pendaftar akan menganjurkan Majlis Pelancaran Projek Pembinaan Eco Sulap UMS Peak seperti berikut:
 
Tarikh            : 5 Ogos 2016 (Jumaat)
Masa              : 3.45 petang
Tempat          : Bilik Seminar 1 & 2,  Institut Biologi Tropika & Pemuliharaan (IBTP)
 
3.       Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati untuk menjemput Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan dan kakitangan untuk hadir ke majlis tersebut di atas. Bersama ini disertakan Borang Penyertaan dan Atur Cara Program untuk makluman  dan tindakan lanjut pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan. Maklumat lanjut mengenai perkara ini bolehlah menghubungi Pn. Jurinah Johnny di samb. 1556.
Segala perhatian dan kerjasama pihak Y.Brs. Prof./Datin/Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: SEKSYEN KUALITI JABATAN BENDAHARI

PEGAWAI DIHUBUNGI: HAJI FIRDAUS ABDULLAH Ext: 1333 /

YUSLINAH ALMUDDIN Ext: 1443 / NOOR RAZILAH ABDUL RAHMAN Ext: 4183

SUBJEK: AUDIT PEMATUHAN OLEH SIRIM MS ISO 9001:2008 “SISTEM PENGURUSAN HARTA BENDA UMS”

AUDIT PEMATUHAN SIRIM 

MS ISO 9001:2008 SISTEM PENGURUSAN HARTA BENDA UMS

 

YBhg. Datuk / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan,

 

Kunjungan Audit Pematuhan oleh pihak SIRIM pada 29 Ogos 2016 sehingga 30 Ogos 2016. Sehubungan itu, mohon pihak JFPIU untuk mengambil tindakan terhadap sebarang Ketidakakuran (NCR), Cadangan Penambahbaikan, Pemerhatian hasil Audit Dalam dan Audit SIRIM yang lepas. Ini sebagai persediaan memastikan UMS mematuhi dan mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti mengikut standard MS ISO 9001:2008.

 

Kerjasama dan komitmen daripada pihak JFPIU dalam hal ini amat dihargai.

 

Sekian dan terima kasih.