Pilih bahasa anda

Language

Matlamat Pendidikan Universiti

Selaras dengan falsafah Pendidikan kebangsaan, visi, misi dan nilai teras Universiti Malaysia Sabah, Matlamat Pendidikan Universiti (UEG) UMS bertujuan membangunkan insan berilmu, beretika dan berdaya tahan yang menyumbang secara bermakna kepada pembangunan lestari Borneo, Malaysia dan komuniti global.

Matlamat Pendidikan UMS berhasrat untuk:

01

Melahirkan graduan yang menguasai ilmu dan kemahiran profesional secara holistik dan beretika, serta berkeupayaan mengaplikasikan pengetahuan secara kritis dan kreatif dalam pelbagai konteks.

02

Membentuk individu yang berintegriti, bermaruah dan berkeperibadian mulia, berpaksikan kepercayaan kepada Tuhan, etika akademik dan tanggungjawab sosial.

03

Memupuk keterangkuman, keadilan sosial dan kepimpinan berdaya tahan, melalui penghargaan terhadap kepelbagaian budaya dan penglibatan bertanggungjawab dalam komuniti setempat dan global.

04

Menyemai kesyukuran, naluri insan dan komitmen terhadap kelestarian, melalui pendidikan, penyelidikan dan khidmat masyarakat yang memberi manfaat kepada kesejahteraan alam sekitar dan masyarakat, khususnya di Borneo.

SUMBER

PAUTAN PANTAS

PELAJAR

PAUTAN LAIN

KAMPUS INDUK UMS

Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Tel: +(60)88 320000
Emel: ccc@ums.edu.my

UMS KAMPUS LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan
Jalan Sungai Pagar, 87000 WP Labuan
Tel: +(60)87 - 503000
Emel: adminkal@ums.edu.my

Image
ums brain of borneo
#UMStheBrainofBorneo
#BrainofBorneo

Pilih bahasa anda