PIAGAM PELANGGAN
Berikut ialah Piagam Pelanggan Universiti Malaysia Sabah
- Pengajaran & Pembelajaran
- Penyelidikan & Inovasi Pengkomersilan
- Pengantarabangsaan
- Penerbitan
- Sistem Penyampaian Perkhidmatan
Mengeluarkan surat tawaran kemasukan ke universiti kepada pelajar baharu yang berjaya dalam permohonan melalui laman web semakan kemasukan UMS dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas pengumuman Jabatan Pengajian Tinggi.
Memastikan surat keputusan sidang viva-voce dikeluarkan pada hari yang sama sidang viva-voce dijalankan.
*Bahagian Perkhidmatan Akademik
*Pusat Pengajian Pascasiswazah
Memberikan maklumbalas keputusan kelulusan permohonan Geran Penyelidikan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
*Pusat Pengurusan Penyelidikan
Mengeluarkan surat tawaran pelajar prasiswazah dalam tempoh 10 hari selepas permohonan lengkap diterima dari calon.
*Pusat Pengantarabangsaan & Penglibatan Global
Menerbitkan buku dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh penerimaan manuskrip lengkap.
Menerbitkan jurnal dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh penerimaan sidang editor.
*Penerbit UMS
Mengeluarkan Surat Panggilan Temuduga dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh temuduga diadakan
Mengeluarkan Surat Tawaran Lantikan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas menerima Petikan Minit dari Pihak Berkuasa Melantik.
*Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Memastikan dasar, peraturan dan pekeliling dihebahkan kepada warga kampus dalam tempoh 14 hari bekerja selepas mendapat kelulusan Lembaga Pengurusan Universiti (LPU).
Memproses bayaran bagi tuntutan perolehan pembekal atau kakitangan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah mendapat dokumen lengkap.
*Bahagian Pentadbiran & Governan, Jabatan Pendaftar
*Jabatan Bendahari
Memastikan maklumbalas pelanggan diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah mendapat maklumat yang lengkap.
Memproses dan meluluskan permohonan bantuan kebajikan dalam tempoh tujuh (7) hari masa bekerja.
*Pusat Jaminan Kualiti
*Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Menyelaraskan dan memastikan sebarang aduan rasmi berkenaan kemudahan fasiliti kolej kediaman pelajar diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari masa bekerja.
Memastikan kerja analisis bagi bilangan sampel tidak melebihi 20 diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja.
*Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar
*Pusat Instrumentasi & Perkhidmatan Sains


