SOALAN LAZIM
UMS telah ditubuhkan pada 24 November 1994 di bawah Seksyen 6 (1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. UMS merupakan universiti awam kesembilan di Malaysia.
Kini UMS beroperasi di tiga buah kampus. Kampus utamanya terletak di Teluk Sepanggar, menghadap Laut China Selatan, kira-kira 14 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kampus keduanya, Kampus Antarabangsa UMS-Labuan, telah ditubuhkan pada Mei 1999 di Wilayah Persekutuan Labuan, yang menempatkan Pusat Pengajian Sains Informatik dan Pusat Pengajian Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa. Kampus ketiga ditubuhkan di Sandakan, Sabah pada 4 Mei 2006 yang menawarkan kursus untuk Pusat Pengajian Pertanian Lestari
UMS ialah sebuah universiti komprehensif yang menawarkan kursus dari peringkat Ijazah Sarjana Muda hingga Ijazah Kedoktoran dalam bidang Sains dan Kemanusiaan.
Maklumat Lanjut: Kemasukan Pelajar
Terdapat 13 buah fakulti di UMS.
UMS menyasarkan kampus yang kondusif yang sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah asrama, perpustakaan, dewan canselor, kafeteria, kompleks sukan, masjid, dan kemudahan pengangkutan.
(For further information, please contact: )
Corporate Relations Divisions
Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tel: (+6088) 320000
Fax : (+6088) 320223
Emel : crd@ums.edu.my / BPK@ums.edu.my
(Student Admission)
Academic Service Divisions
Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tel: (+6088) 320053
Fax: (+6088) 320090


