PROGRAM PASCASISWAZAH

AKUAKULTUR

Program akuakultur di Institut Penyelidikan Marin Borneo menyasarkan untuk menjalankan penyelidikan ilmiah di area berkepentingan yang berkaitan dengan pembangunan akuakultur mampan; untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi, pengalaman parktikal dan latihan dalam bidang akuakultur; untuk menyebarkan pengetahuan dan memudahkan pengaplikasian terhadap masalah ekonomi, saintifik dan sosial yang berkaitan dengan akuakultur. Objektif program ini akan menyediakan ilmu lanjutan untuk melahirkan pascasiswazah yang berkebolehan dalam merancang dan mereka penyelidikan berinovatif yang berkaitan dengan akuakultur mapan; untuk menghasilkan pascasiswazah yang mampu membangunkan strategi dan polisi untuk sektor pembangunan akuakultur yang mampan; untuk membina dan melatih pascasiswazah yang cekap serta yang bersedia berkhidmat sebagai modal insan berilmu di industri akuakultur; untuk menjana ilmu baru dalam bidang akuakultur melalui penyelidikan inovatif dan novel serta mengembangkan daya kepimpinan dalam semua aspek akuakultur. Selepas bergraduat, siswazah dijangka dilengkapi dengan pengetahuan yang berkaitan dengan pembangunan akuakultur mampan; mempunyai kemahiran teknikal dalam mereka bentuk eksperimen penyelidikan, pengumpulan data bersistematik, menganalisis dan mentafsir hasil penyelidikan dengan penyeliaan yang minimum; mampu mengutarakan penyelesaian kepada masalah dalam akuakultur menggunakan kedua-dua kemahiran pemikiran kritis dan kemahiran menganalisis; mampu menyampaikan hasil penyelidikan secara lisan dan secara bertulis; mampu bekerja dengan efektif bersama rakan penyelidik dan pemegang saham , dan mempunyai keupayaan menghasilkan idea berkaitan dengan isu-isu kemasyarakatan dalam pembangunan akuakultur mampan; mampu berpegang teguh pada isu etika dan amalan profesionalisme dalam menjalankan penyelidikan; mampu menguruskan maklumat berkaitan dengan pembangunan akuakultur mampan untuk pembelajaran sepanjang hayat; mampu menguruskan projek berkaitan dengan pembangunan akuakultur mampan dan mewujudkan peluang pekerjaan serta mampu menjadi pakar rujuk yang boleh memberi nasihat teknikal kepada komuniti akuakultur.

SAINS MARIN

Program Sains Marin bermatlamat untuk menjalankan penyelidikan berilmiah pada bidang berkepentingan dalam sains marin; untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi, pengalaman praktikal dan latihan dalam sains marin; untuk memudahkan pengaplikasian terhadap masalah ekonomi, saintifik dan sosial yang berkaitan dengan persekitaran dan sumber marin. Objektif dalam program ini adalah untuk menyediakan ilmu lanjutan dalam menghasilkan pascasiswazah berkebolehan untuk merancang dan mereka bentuk eksperimen untuk penyelidikan berinovatif dalam bidang berkaitan dengan sains marin; untuk menghasilkan pascasiswazah yang mampu membangunkan strategi dan polisi untuk pembangunan dalam sektor di sektor sains marin untuk jangka panjang; untuk membina dan melatih pasca siswazah sebagai tenaga kerja untuk pembangunan lestari industry marin tempatan; untuk memperoleh pengetahuan melalui penyelidikan dan mengembangkan daya kepimpinan dalam semua aspek sektor sains marin. Selepas pengijazahan, siswazah sepatutnya boleh menghasilkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan sumber dan persekitaran marin yang mampan; mengaplikasikan kemahiran praktikal ke arah idea inovatif dalam pengurusan sumber dan persekitaran marin yang mampan; untuk mengenal pasti teknik dalam menganalisis dan menilai maklumat berbeza di sains marin; untuk menyediakan perkhidmatan profesional kepada masyarakat mengenai isu-isu berkaitan dengan persekitaran dan sumber marin; Untuk membezakan interaksi di antara aktiviti manusia dan kesannya ke atas ekosistem akuatik dan berkebolehan untuk mengambil langkah-langkah yang berpatutan; untuk mampu mereka eksperimen baru , menggumpul data tertentu, menganalisis data dengan teknik-teknik bersesuaian dan mentafsir untuk menghasilkan laporan saintifik secara brsendirian; berpegang teguh pada isu etika dan amalan profesional dalam penyelidikan; cekap dalam melaporkan hasil penyelidikan secara lisan dan secara bertulis; boleh bekerja dengan berkesan dengan rakan penyelidik, masyarakat terpelajar, pemegang saham , dan menunjukkan kualiti kepimpinan; mampu menilai masalah berkaitan dengan persekitaran dan sumber marin secara kritis menggunakan kemahiran saintifik; untuk menyatupadukan komponen penyelidikan untuk membangunkan pembelajaran sepanjang hayat untuk persekitaran dan sumber marin yang mampan.

MARIN BIOTEKNOLOGI

Program Bioteknologi Marin ditubuhkan dengan matlamat untuk menjalankan penyelidikan ilmiah dalam bio-perlombongan sumber marin menggunakan alat-alat bioteknologi; untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi, pengalaman praktikal dan latihan dalam bioteknologi marin; untuk memudahkan pengaplikasian terhadap masalah ekonomi, saintifik dan sosial yang berkaitan dengan bioteknologi marin; untuk menjana ekonomi melalui produk nilai tambah dari sumber marin. Program ini bertujuan untuk menyediakan ilmu lanjutan dalam membina pascasiswazah yang berkebolehan untuk merancang dan mereka bentuk eksperimen untuk penyelidikan bioteknologi marin berinovatif; untuk menghasilkan pascasiswazah yang mampu membangunkan strategi dan polisi untuk pembangunan dalam sektor bioteknologi marin jangka panjang; untuk membina dan melatih pascasiswazah sebagai tenaga kerja untuk industri bioteknologi marin; untuk memperoleh pengetahuan melalui penyelidikan dan mengembangkan daya kepimpinan dalam semua aspek bioteknologi marin. Selepas mendapat ijazah, siswazah sepatutnya memiliki pengetahuan lengkap dalam bioteknologi marin; boleh mengenalpasti teknik dalam menganalisis dan menilai maklumat dalam proses pembangunan produk marin; boleh membangunkan idea yang berkaitan dengan isu-isu kemasyarakatan dalam bioteknologi marin kepada strategi-strategi untuk mengeksploitasi sumber marin; dapat membezakan interaksi di antara aktiviti manusia dan kesannya ke atas ekosistem akuatik dan berkebolehan untuk ambil langkah-langkah berpatutan; dapat mereka eksperimen, mengumpul data tertentu, menganalisis data dengan teknik-teknik sesuai; dapat mentafsirkan keputusan dengan penyeliaan yang minimum; dapat berpegang teguh pada isu etika dan amalan profesional dalam penyelidikan; Untuk menjadi cekap dalam penyampaian laporan penyelidikan secara lisan dan bertulis, boleh bekerja dengan berkesan dengan rakan penyelidik, pemegang saham, dan menunjukkan kualiti kepimpinan; mampu mengutarakan penyelesaian kepada masalah dalam bioteknologi marin dengan menggunakan kedua-dua pemikiran kritis dan kemahiran menganalisis serta mampu mengumpul dan menguruskan maklumat dalam bioteknologi marin untuk pembelajaran sepanjang hayat.

SAINS PERIKANAN

Sains Perikanan menyasarkan untuk menjalankan penyelidikan ilmiah dalam penilaian tangkapan ikan, pengurusan perikanan marin yang mampan dan menyediakan peningkatan sumber; untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi, pengalaman praktikal dan latihan dengan perikanan. Objektif program ini untuk menyediakan ilmu lanjutan dalam membina pascasiswazah yang berkebolehan untuk merancang dan mereka bentuk eksperimen untuk penyelidikan berkaitan perikanan; untuk menghasilkan pasca siswazah yang mampu membangunkan strategi dan polisi untuk pembangunan dalam sektor perikanan jangka panjang; untuk membina dan melatih pascasiswazah sebagai tenaga kerja untuk pembangunan lestari dalam perikanan; untuk memperoleh pengetahuan melalui penyelidikan dan mengembangkan daya kepimpinan dalam semua aspek perikanan. Selepas mendapat ijazah, siswazah sepatutnya mempunyai pengetahuan lengkap dalam perikanan mampan; mengenalpasti teknik dalam menganalisis dan menilai maklumat dalam perikanan; membangunkan idea berdasarkan pengumpulan data dalam sumber perikanan sedia ada serta mengkaitan dengan isu-isu kemasyarakatan serta menggunakan cadangan dalam pengurusan perikanan yang mampan; untuk membezakan interaksi di antara aktiviti manusia dan kesannya ke atas ekosistem akuatik dan berkebolehan untuk ambil langkah-langkah yang  berpatutan; berkebolehan untuk mereka bentuk eksperimen, menggumpul data tertentu, menganalisis data dengan teknik-teknik sesuai dan seterusnya membuat pentafsiran untuk menghasilkan laporan saintifik dengan penyeliaan yang minimum; berpegang teguh pada isu etika dan amalan profesional dalam penyelidikan; untuk menjadi cekap dalam penyampaian laporan penyelidikan secara lisan dan bertulis, boleh bekerja dengan berkesan dengan rakan penyelidik, pemegang saham , dan menunjukkan kualiti kepimpinan; mampu mengutarakan penyelesaian kepada masalah dalam pengurusan perikanan dengan menggunakan kedua-dua pemikiran kritis dan kemahiran menganalisis; mengumpul dan mengurus maklumat dalam pembangunan perikanan untuk pembelajaran sepanjang hayat.

PENGURUSAN PANTAI DAN MARIN

Matlamat program pengurusan pantai dan marin adalah untuk menjalankan penyelidikan berilmiah dalam bidang berasaskan keperluan sains marin; untuk menyediakan pendidikan berkualiti tinggi, pengalaman praktikal dan latihan dalam pengurusan pantai dan laut; untuk menyebarkan pengetahuan dan memudahkan pengaplikasian terhadap masalah ekonomi, saintifik dan sosial yang berkaitan dengan persekitaran pantai dan sumber marin. Objektif program ini adalah untuk menyediakan ilmu lanjutan untuk menghasilkan pascasiswazah yang berkebolehan untuk merancang dan mereka bentuk eksperimen penyelidikan berinovatif dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan pantai dan laut; untuk menghasilkan pasca siswazah yang mampu membangunkan strategi dan polisi jangka panjang untuk pembangunan dalam sektor persekitaran marin dan pantai; untuk membina dan melatih pascasiswazah sebagai tenaga kerja untuk pembangunan lestari pantai dan laut dalam industri tempatan dan antarabangsa; untuk memperoleh pengetahuan melalui penyelidikan dan mengembangkan daya kepimpinan dalam semua aspek pengurusan pantai dan laut. Selepas memperoleh ijazah, siswazah dijangka mampu menjana pengetahuan dalam pengurusan sumber laut dan persekitaran pantai yang mampan; berupaya menggunakan kemahiran praktikal uang menjurus ke arah idea inovatif dalam pengurusan persekitaran pantai dan sumber marin yang mampan; untuk mengenal pasti teknik-teknik yang betul dalam menganalisis dan menilai maklumat yang berkaitan dengan sains marin dan pantai; untuk menyediakan perkhidmatan profesional kepada masyarakat mengenai isu-isu berkaitan dengan persekitaran pantai dan sumber marin; untuk membezakan interaksi antara aktiviti manusia dan kesannya ke atas ekosistem marin dan pantai , dan berkebolehan untuk ambil langkah-langkah berpatutan; mampu mereka eksperimen baru, mengumpul data tertentu, menganalisis data dengan teknik-teknik sesuai dan akhirnya menghasilkan laporan saintifik dengan tepat; berpegang teguh pada isu etika dan amalan profesional dalam penyelidikan; cekap dalam penyampaian laporan penyelidikan secara lisan dan bertulis, boleh bekerja dengan berkesan dengan rakan penyelidik, masyarakat terpelajar, pemegang saham , dan menunjukkan kualiti kepimpinan; mampu menilai masalah berkaitan dengan persekitaran pantai dan sumber marin secara kritis dengan menggunakan kemahiran saintifik; mampu menyatupadukan komponen penyelidikan dalam membangunkan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan dan penggunaan sumber marin dan pantai yang lestari.

 
PROSEDUR KEMASUKAN

Calon-calon yang berhasrat untuk mendaftar sarjana sains atau sarjana kedoktoran boleh dibuat melalui permohonan di laman rasmi Pusat Pengajian Pascasiswazah: http://www.ums.edu.my/pascav2/

Pusat ini akan berhubung dengan IPMB bagi pemilihan topik penyelidikan dan pembangunan cadangan penyelidikan.

Please publish modules in offcanvas position.