PROGRAM PASCA DOKTORAL

IPMB mengalu-alukan pelajar-pelajar dari serata dunia yang berminat untuk menjalankan pengajian penyelidikan dalam pasca-kedoktoran melalui topik-topik yang boleh dikongsi bersama.

Kami menggalakkan calon-calon yang berpotensi yang mana dalam tempoh sabatikal atau bercuti belajar daripada institusi mereka, dan juga mereka baru menghabiskan sarjana kedoktoran dan bercadang untuk memajukan kepakaran professional untuk mendapatkan pembiayaan pengajian dan menjalankan perbincangan mengenai program penyelidikan bersama IPMB sebelum menghantar permohonan mereka secara rasmi.

IPMB telah diterima oleh beberapa institusi akademik dan pembiaya pengajian sebagai sebuah pusat kecemerlangan yang boleh melaksanakan program-program lanjutan.

Cendekiawan kanan yang mempunyai idea-idea intelek dalam bidang-bidang seperti persekitaran, kepelbagaian, pengurangan dan adaptasi perubahan iklim, pembangunan mapan dan beberapa prespektif global digalakkan untuk meneruskan pengajian di IPMB.

Persekitaran fizikal dan intelektual di IPMB memudahkan ‘thinking beyond data’ dan ‘out of the box’ dalam menghasilkan idea-idea baru, mensintesiskan konsep novel dan menyarankan hipotesis yang berinovasi berkaitan dengan ekosistem marin.

Please publish modules in offcanvas position.