PENGENALAN

Semasa dalam fasa pertama pembangunan Universiti Malaysia Sabah (UMS), inisiatif bagi memulakan penyelidikan dalam bidang sains marin dan akuakultur telah diadakan dengan menubuhkan unit penyelidikan yang khusus pada tahun 1995. Ini telah mencerminkan keutamaan yang diberikan oleh pihak Universiti kepada subjek ini di dalam respon terhadap keperluan di Malaysia secara amnya dan di negeri Sabah secara khususnya, serta kepentingannya yang semakin berkembang di perspektif global.

Setelah merekrut sejumlah besar pakar, membangunkan infrastruktur dan menjalankan audit prestasi, UMS pada tahun 2000 telah memutuskan untuk menaiktaraf unit ini kepada status Pusat Kecemerlangan dan menamakannya sebagai 'Institut Penyelidikan Marin Borneo' (IPMB). Semenjak itu, Institut ini telah membuat kemajuan yang progresif dalam penyelidikan dan pembangunan dalam pelbagai bidang dalam skop temanya iaitu 'Pemuliharaan dan Pembangunan Mampan Sumber Marin'.

Pemilihan tema ini telah didorong oleh keperluan untuk penyelidikan inovatif dan relevan yang berorientasikan ke arah pemeliharaan ekosistem marin bagi sumbernya dan untuk menjalankan penyelidikan awal mengenai topik-topik dalam pelestarian akuakultur. IPMB telah menyumbang kepada pembangunan sumber manusia dalam bidang ini, menawarkan manfaat kepakarannya kepada agensi-agensi dan melaksanakan beberapa program kaitan secara langsung kepada masyarakat di samping untuk menjana pengetahuan dan teknologi baru.

OBJEKTIF

  • Menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang sains marin, terutamanya oseanografi dan biodiversiti marin, perikanan tangkapan, dan pengurusan marin dan pesisir pantai.
  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam pelbagai aspek akuakultur dan bioteknologi, termasuk teknologi hatceri, penghasilan benih dan pembesaran, pemakanan, remidiasi kualiti air dan penjagaan kesihatan.
  • Menawarkan khidmat nasihat, latihan dan konsultansi dalam bidang nic Institut.
  • Bekerjasama dengan industri dalam pengkomersilan penyelidikan.
  • Mempromosi kesedaran awam berkenaan pemuliharaan marin.
  • Melibatkan komuniti dalam program kecukupan makanan melalui pemindahan ilmu berkaitan akuakultur dan program pengkayaan stok.

Please publish modules in offcanvas position.