Baru-baru ini wakil Exco KESUMBA telah mengadakan lawatan mesra ke Pusat Minda Lestari yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Perkembangan Kanak-Kanak (PPK) UMS. Pihak KESUMBA juga telah diberikan taklimat ringkas mengenai program dan aktiviti yg ada di Tadika oleh penyelia Tadika, Cikgu Zaleha dan penyelia Taska oleh Cikgu Aminah sambil beramah mesra dengan kanak-kanak yang ada di Tadika & Taska UMS. KESUMBA juga melihat sekiranya ada apa-apa keperluan yang boleh disumbangkan kepada pihak PPK, UMS untuk membantu dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di pusat ini.