LABUAN, 29 JULAI 2025 – Kelab Taming Mas Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) muncul juara Pertandingan Tarian Kreatif Borneo sempena Borneo Flora Festival (BFF) Labuan 2025 yang diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan pada 28 Julai 2025,

Selaku juara Kelab Taming Mas UMSKAL membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.

Kelab Taming Mas UMSKAL yang dibimbing pengurus dan jurulatih, Mas Adi Alimin turut ceria selepas Saidatul Nazratul Ul'ya Waimi dinobatkan sebagai Penari Perempuan Terbaik.

Dengan kejayaan itu, Saidatul Nazratul yang juga pelajar Tahun 2 Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) meraih RM200.

Sementara itu, Pengarah UMSKAL, Profesor Technologists (Ts). Dr. Shamsul Bahari Shamsudin mengucapkan tahniah dan sekalung penghargaan kepada Kelab Taming Mas UMSKAL yang menjuarai pertandingan itu.

Tahniah kepada 10 orang penari yang terdiri daripada 4 lelaki dan 6 perempuan yang mengharumkan nama UMSKAL.

Syabas kepada Mas Adi Alimin yang bertindak sebagai pengurus dan jurulatih,

Sudah tentu kejayaan ini adalah hasil kerja keras dan komitmen serta kesungguhan penari yang menerima bimbingan jurulatih berpengalaman,

Ia juga membuktikan pelajar UMSKAL bukan sahaja bijak tetapi juga memiliki bakat istimewa dalam bidang tarian.

Semoga kejayaan ini akan menaikkan semangat Kelab Taming Mas untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Naib johan, Dansa Art, ketiga, Antap Budaya, keempat, Mahligai Anak Seni dan kelima, ASWILA.

Kumpulan Harapan disandang Rumpun Anak Seni manakala Lenggok Bertingkah memenangi Kumpulan Pilihan Juri.

Sebanyak 9 kumpulan menyertai pertandingan berkenaan.

Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib.

Syabas Kelab Taming Mas UMSKAL.