Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

Pusat Islam UMS dengan kerjasama Tabung Haji akan mengadakan Taklimat Tabung Haji dan kaunter bergerak Tabung Haji pada ketetapan berikut:-
 
🗓️ Tarikh: 28-29hb Oktober 2025 (Selasa & Rabu) 
⏰ Masa: 9.00 Pagi – 4.00 Petang
📍 Tempat: Kaunter Tabung Haji, Ruang Legar Fakulti Kejuruteraan (UMS)
 
🗓️ Tarikh: 28-30hb Oktober 2025 (Selasa hingga Khamis) 
⏰ Masa: 9.00 Pagi – 4.00 Petang
📍 Tempat: Kaunter Tabung Haji, Ruang Legar Perpustakaan (UMS)
 
📝 Tarikh: 29/10/2025 (Rabu) Taklimat Tabung Haji
⏰ Masa: 9.00 Pagi – 4.00 Petang
📍Bertempat: Blok A, Aras 5 Bilik Seminar FKJ 
 
Kaunter Tabung Haji ini memberi peluang kepada peserta untuk daftar atau mengemaskini akaun Tabung Haji masing-masing serta mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai peranan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Tabung Haji.
 
Diharapkan dengan adanya kaunter ini dapat memudahkan urusan pelajar dalam membuka akaun Tabung Haji serta melancarkan proses permohonan bantuan zakat bagi Semester I, Sesi 2025/2026.
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Zakat PIUMS:
Puan Noorisah (0132855378)
Puan Kartini (0198042698)
Cik Noorfazlina (0138085856)
 
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnafpelajar
#zakatmembawaberkat
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare

 

Pengumuman Daripada: U-Science UMS

 

Jom sertai kami dalam 3S: STEM Speaker Series 2025 edisi kali ini bersama:
 
🎙️ Professor Madya Dr. Jurry Foo @ Jurry Bt. F. Michael
Pensyarah Program Geografi, FSSK, UMS
 
 
🧠 Topik menarik: “AI dalam Kajian Tumbuhan”
Ketahui bagaimana Kecerdasan Buatan (AI) digunakan dalam dunia penyelidikan tumbuhan — daripada pemantauan pertumbuhan hingga ramalan perubahan iklim! 🌱🤖
 
📅 Tarikh: 30 Oktober 2025 (Khamis)
🕧 Masa: 12.30 tengah hari
📍 Tempat: U-Science, Universiti Malaysia Sabah
🔴 Siaran langsung di YouTube: 
 
Jangan lepaskan peluang untuk meneroka bagaimana teknologi moden membentuk masa depan penyelidikan tumbuhan 🌿
 
#STEMSpeakerSeries #USCIENCEUMS #UMSTheBrainofBorneo #UMSGlobalReputation #universitimalaysiasabah #FSSKUMS #MalaysiaMADANI #Baca@Borneo2025 #KSTI #STEMForAll
 

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

 
📚 Jemputan ke Knowledge & Service Hub @UMSLibrary!
 
Datang beramai-ramai ke Lobi Utama Perpustakaan UMS pada 28–30 Oktober 2025 ✨

Terokai pelbagai pameran, visual kreatif dan kolaborasi ilmu daripada agensi, fakulti serta rakan penyelidik UMS!