Pengumuman Daripada
: Seksyen Kemajuan Kerjaya, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Kepada
: Kakitangan Pentadbiran (Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Gred 41 Dan Ke Atas) Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: Tawaran Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan Staf Bukan Akademik IPTA Bagi Sesi Pengajian 2018/2019 Kementerian Pendidikan Tinggi
 
Tuan / Puan,
 
TAWARAN BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN STAF BUKAN AKADEMIK IPTA BAGI SESI PENGAJIAN 2018/2019 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
 
Dengan hormatnya adalah saya diarah merujuk perkara diatas.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi ingin mempelawa para pentadbir dan pegawai bukan akademik IPTA, Gred 41 dan ke atas yang berkhidmat di bawah Universiti Awam untuk memohon program Hadiah Latihan Persekutuan Staf Bukan Akdemik IPTA (HLP) sesi pengajian 2018/2019 bagi mengikuti kursus-kursus di peringkat Sarjana dan Ph.D di Universiti Awam (UA).
 
3. Tawaran ini telah dibuka untuk permohonan mulai 1 Mac 2017 sehingga 31 Mac 2017 sehingga jam 5.00 petang.
 
Sekian.
 

Pengumuman Daripada
: Jawatankuasa Promosi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Universiti Malaysia Sabah
Pegawai Dihubungi
: Cik Earlene Kasamira V. Bt Edham (013-852 9292)
: Puan Nurul Izza Md Nordin (013-8500362)
Subjek
: UMS Ke Arah Pensijilan EKSA 2017
 

Pengumuman Daripada
: Institut Penyelidikan Marin Borneo
Subjek
: Persidangan International Conference on Marine Science and Aquaculture (ICOMSA) 2017
 
 
Persidangan tahunan International Conference on Marine Science and Aquaculture (ICOMSA 2017) anjuran Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah akan diadakan pada 14 & 15 Mac 2017, bertempat di Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu.
 
Tema ICOMSA 2017 ialah New Frontier in Sustainable Marine Bioresources, dengan dua belas sub-tema spesifik meliputi bidang yang luas termasuk perladangan dan pengeluaran akuakultur, warna lautan & penderiaan jarak jauh, oseanografi dan pesisir pantai, polisi & undang-undang, makanan & pemakanan, hasil produk semulajadi marin, dan ekopelancongan marin. Sub-tema tersebut adalah penting bagi Malaysia di mana perkhidmatan ekosistem marin memainkan peranan penting dalam pembangunan sosio-ekonomi, serta mempunyai industri akuakultur yang berkembang pesat dan penggunaan makanan laut yang tinggi.
 
Ucaptama persidangan akan disampaikan oleh Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Jamili Nais diikuti oleh ucapan dari tiga plenari terkemuka:
 
Plenari 1: Prof. Dr. M. Zamri Saad
Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia, Malaysia
 
Plenari 2: Dr. Rodelio F. Subade
Profesor 12 dan Saintis U.P. 3, Division of Social Sciences,
University of the Philippines Visayas, Filipina
 
Plenari 3:  Prof.  Katuyuki Hamasaki
Tokyo University of Marine Science and Technology, Jepun
 
Plenary 4: Prof. Dr. Ridzwan Abdul Rahman
Institut Agroteknologi Lestari, Universiti Malaysia Perlis, Malaysia
 
Lebih dari 100 peserta dari pelbagai universiti dan institusi dalam dan luar Malaysia telah mengesahkan kehadiran dan akan berkongsi hasil kajian yang terkini dalam bidang masing-masing. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami http://www.ums.edu.my/ipmbv2/icomsa, atau hubungi sekretariat persidangan (Dr. Mohd Tamrin Mohd Lal) di 088-320000 samb. 2602.

Pengumuman Daripada
: Seksyen Pengurusan Inovasi, Pusat Penyelidikan Dan Inovasi
Subjek
: Jemputan Kepada Ahli TISC Untuk Menyertai Latihan Distance Learning (DL) Bagi Tahun 2017
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini bahawa PPI, UMS telah menjadi Host Institution di bawah program Technology and Innovation Support Centres (TISC). Program ini adalah kerjasama antarabangsa di antara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bersama World Intellectual Property Organisation (WIPO). Objektif utama kerjasama ini adalah untuk pembangunan dan pengembangan inovasi dan harta intelek di Malaysia.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak WIPO Academy telah membuka pendaftaran kepada ahli TISC untuk menyertai program latihan Distance Learning (DL) sepanjang tahun 2017. Penyertaan adalah percuma, namun tertakluk kepada kelulusan pihak WIPO. Sehubungan itu, YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah di alu-alukan untuk mendaftar bagi menyertai program tersebut dan memaklumkan kepada pihak PPI sekiranya telah mendaftar. Turut dimaklumkan bahawa, pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk memberikan komitmen serta menghabiskan latihan sekiranya memilih untuk menyertai latihan tersebut.
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan juga diminta untuk mengikuti kursus DL-101 terlebih dahulu sebelum meneruskan kursus-kursus lain dan jika jadual bagi kursus-kursus lain tidak bertindih dengan kursus DL-101, YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan boleh memilih maksimum 2 kursus dalam satu masa setelah menamatkan DL-101.
 
Kursus tesebut akan berlangsung secara online dan diakhir kursus akan diadakan Peperiksaan (Objektif/ Subjektif). Setiap peserta yang menamatkan peperiksaan dengan jayanya akan diberikan Sijil Penyertaan (Digital) oleh pihak WIPO.
 
Bersama ini dilampirkan Jadual Distance Learning TISC dan Tatacara Pendaftaran WIPO Distance Learning sebagai panduan dan rujukan lanjut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:
1.
Pegawai TISC Malaysia : En. Abdul Rahman Ramli / En. Abdul Hafiz/ Pn. Norahzlida (No. Tel. 03-2299 8814/ 03-2299 8570/ 03-2299 8809, Email ; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
2.
Urusetia TISC UMS : Dr. Azaze @ Azizi Haji Abdul Adis (No. samb. :1171, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) / Pn. Rozaidah Amir Hussein (No. samb. :1631, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
 
Sekian, terima kasih.