Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan OKU

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
YBhg. Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
KURSUS DISABILITY EQUALITY TRAINING (DET)
 
📅 29 April 2025 (Selasa) 
⌚9.00 pagi - 12.00 tengah hari
🗣️ Encik Fariz Abd Rani, HRD Corp Certified Trainer
✅Mata IDP/SDP diberikanAnjuran: Pusat Pengurusan OKU, UMS
 
Kehadiran YBhg. Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan adalah sangat dialu-alukan. Sekian, terima kash.
 
Sekian, terima kasih.
 

 

Announcement From: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Sepertimana YBrs.Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, pemantauan Program /Projek Penyelidikan yang telah di luluskan di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) Bilangan 1 Tahun 2025 telah dilaksanakan bermula 21 Mac 2025 dan berakhir pada 6 Mei 2025. Ketua Program/Projek penyelidikan hendaklah mengemukakan laporan prestasi dan kewangan (data sehingga 31 Disember 2024) sebelum atau pada 6 Mei 2025. Pemantauan laporan prestasi program/projek penyelidikan ini merangkumi skim geran penyelidikan seperti berikut : 
 
1. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2020 sehingga Fasa 1/2023. 
2. Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2022 sehingga Fasa 1/2023. 
3. Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Fasa 1/2019 sehingga Fasa 1/2020. 
 
Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Puan Rohani Hadi (No. Telefon : 016-8032554) atau Encik Afendih Ambrih (No.Telefon : 013-8216167) 
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik

 

Sukacita dimaklumkan Pusat pembangunan dan Kecemerlangan Akademik [PPKA] akan menganjurkan BENGKEL HANDS ON VIDEO EDITING USING APPS SIRI 1/2025: CANVA  pada ketetapan berikut;
Tarikh: 30 April 2025 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi - 12 tengahari
 
Penceramah:
Dr Nik Hadiyan Nik Azman
Penyelaras QVC 
Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik 
Universiti Sains Malaysia 
 
✅ Semua ahli akademik dijemput hadir 
✅Mata IDP akan diberikan 
 
#UMStheBrainofBorneo

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat

 

Pihak PKLM amat mengalu-alukan komen dan cadangan semua warga UMS dan komuniti  mengenai penyampaian perkhidmatan PKLM dengan mengisi KKP yang disediakan di pautan https://bit.ly/KajiankepuasanpelangganPKLM atau imbas kod QR yang disediakan.  
 
Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambah baik mutu perkhidmatan PKLM.  
 
Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi KKP ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.  
 
Sekian dan terima kasih.