Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Tinggal 7 hari lagi!

Jangan lepaskan peluang untuk sertai webinar “Panduan Berkesan: Melatih Anak ke Tandas Tanpa Tekanan”!
 
Tarikh: 29 April 2025 (Selasa)
Masa: 9:00 – 11:00 pagi
Secara atas talian (WebEx)
Yuran: RM30 sahaja
 
e-Sijil disediakan!
Untuk staf UMS, mata IDP disediakan!
 
Tempat terhad – daftar sekarang melalui kod QR atau hubungi nombor yang tertera. 🥰
 
Untuk makluman semua, selain mendapat ilmu yang bermanfaat, peserta juga akan menerima checklist dan bahan boleh muat turun (downloadables) eksklusif daripada penceramah kita 😍
 
Jadi, kepada mama, papa, serta guru-guru tadika dan sekolah rendah — jangan lepaskan peluang ini! Sertai kami untuk menimba ilmu, dapatkan bahan percuma, dan yang paling menarik, menangi hadiah misteri melalui kuiz di akhir sesi! 🧠
 
#HUMS #HUMSCares #TransformingHealthcare #UMStheBrainofBorneo #BrainofBorneo

 
Pengumuman Daripada: U-Science
 
 
 
Salam Sejahtera Semua,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa U-Science, UMS dengan kerjasama Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) dan Akademi Sains Malaysia (ASM) akan mengadakan 🎙️ PROGRAM 3S: STEM SPEAKER SERIES 2025 dengan butiran seperti berikut:
 
📔 Tajuk: DNA In Everyday Life & Secrets Of DNA & Why It Matters To Us In Sabah
 
🧑‍🏫 Panel Jemputan 1: 
Prof. Madya Dr. Mailin Misson, Pensyarah Kanan Institut Penyelidikan Bioteknologi
🧑‍🏫 Panel Jemputan 2: 
Dr. Nur Athirah Yusuf, Pensyarah Kanan Institut Penyelidikan Bioteknologi
🧑‍🏫 Panel Jemputan 3: 
Dr. Cheong Bo Eng, Pensyarah Kanan Institut Penyelidikan Bioteknologi
 
🧑‍🏫 Moderator: 
Prof. Madya Dr. Zarina Amin Institut Penyelidikan Bioteknologi
 
🗓️ Tarikh: 25 April 2025 (Jumaat)
⌚ Masa: 9:00pagi – 10:30 pagi
🔗 Pautan YouTube:
 
 
🆓 Penyertaan adalah PERCUMA
📚 E-Sijil akan diberikan kepada semua peserta
🧑‍🤝‍🧑 Terbuka kepada pentadbir, guru, ibu bapa dan murid
 
🌺 Jangan lepaskan peluang ini—jom sama-sama sertai kami!
 
 

 

Pengumuman Daripada: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif 

 

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera & Salam Seni Merentas Global
 
*MINGGU KERJAYA SENI 2025*
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Minggu Kerjaya Seni 2025,*MKS2025* akan diadakan pada ketetapan berikut:
 
• Tarikh: 05 - 08 Mei 2025
• Masa: 7:00 pagi- 5:00 petang
• Tempat: Dewan Resital ASTIF Universiti Malaysia Sabah
 
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
 
• ‪Zamri.H 01151492705
• Dyssie Melanny 0115181 1123

 

Pengumuman Daripada: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif

 

Sudah Bersedia untuk Terokai Dunia Seni, Teknologi & Kreativiti?
 
AYUH KE HARI TERBUKA ASTIF!
 
Tarikh: 08 Mei 2025 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi: Dewan Resital, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah
 
Jika anda lepasan STPM, Asasi atau Diploma dan masih mencari haluan, ini masanya untuk:
 
• Menyertai taklimat eksklusif tentang program-program yang ditawarkan di ASTIF iaitu Seni Muzik, Teater Tari, Sinematik Digital, Penulisan Kreatif dan Teknologi Seni Visual
• Menyaksikan demonstrasi seni & teknologi kreatif secara langsung
• Bertemu tenaga pengajar dan alumni yang berpengalaman
• Menyaksikan persembahan pelajar dan artis UMS
• Menyertai aktiviti interaktif, cabutan bertuah dan booth pameran menarik!
 
Masih keliru nak sambung dalam bidang apa? Mari alami sendiri suasana penuh inspirasi di ASTIF. Siapa tahu, bakat anda terpendam sedang menunggu untuk digilap!
Semua dijemput hadir!
Terbuka kepada semua | Bawa kawan, keluarga dan semangat anda!
 
Untuk maklumat lanjut, Sila Hubungi Tel: 088-320000
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
ASTIF –Di Sini Jiwa, Minda & Rasa Bersatu!