- Jumlah paparan: 47
Kajian Kepuasan Pelanggan Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat Sukuan Kedua 2025
Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat
Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat
Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Pengumuman Daripada: Penerbit UMS
Pengumuman Daripada: Pejabat Canselori
Pengumuman Daripada: Hospital UMS
![]() | Sabah State Neurorehabilitation Mini Symposium (SSNRMS) 2025 |
Selamat Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Dr/Tuan/Puan
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Dengan sukacitanya Unit Perubatan Rehabilitasi, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sabah, bersama-sama dengan Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Universiti Malaysia Sabah akan menganjurkan Sabah State Neurorehabilitation Mini Symposium (SSNRMS) 2025 seperti berikut:
Tarikh : 25 - 26 Jun 2025
Tempat : Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Uniniversiti Malaysia Sabah
Bertemakan “From Basic Care to Advanced Practices in Neurorehabilitation”, simposium ini memberi tumpuan kepada kesinambungan penjagaan dalam bidang neurorehabilitasi — daripada pendekatan asas hinggalah intervensi terkini untuk pesakit strok dan kecederaan otak.
Sasaran peserta adalah dalam kalangan profesional kesihatan, ahli akademik dan pengamal dalam bidang perubatan pemulihan.
Maklumat Penting:
* Tarikh akhir pendaftaran Early Bird: 30 April 2025
* Mata CPD akan diberikan kepada peserta
Untuk sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Dr/Tuan/Puan boleh hubungi Prof. Madya Dr. Fatimah Ahmedy selaku Pengerusi simposium mini ini di talian 013-8805513 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Kerjasama dan pertimbangan dari pihak YBhg. Datuk/Dato’/Dr/Tuan/Puan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768