Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Prof./Dr./Datuk/Tuan/Puan,
Peringatan kepada semua PEGAWAI PENILAI (PPP, PPK & PEER) yang MASIH BELUM membuat penilaian terhadap staf seliaan masing-masing bagi tahun penilaian 2024 agar mengambil tindakan SEGERA.
Kelewatan dalam membuat penilaian terhadap kakitangan akan menyebabkan implikasi berikut;
1. PYD tiada pergerakan gaji tahunan pada tahun 2025;
2. Tiada pelarasan gaji mengikut kadar kenaikan yang diumumkan kerajaan;
2. PYD tidak layak menuntut tunggakan pergerakan gaji tahunan jika lewat atas kecuaian sendiri;
3. PYD tidak layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat;
4. PYD tidak layak dicalonkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC);
5. PYD mengalami kesukaran memproses urusan pencen; dan
6. PYD, PPP, PPK dan PEER boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan (3)(2)(i) Akta Badan-Badan Berkanun [Tatatertib dan Surcaj] 2000 [Akta 605] kerana ingkar perintah.
Segala kerjasama dan perhatian Prof./Datuk/Dr./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.