Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

🟢 KAUNTER BERGERAK TABUNG HAJI DI UMS KAMPUS KOTA KINABALU 🟢  
Sempena permohonan bantuan zakat pelajar, kaunter Tabung Haji kini dibuka secara bergerak di UMS!
 
📌 Perkhidmatan yang ditawarkan:  
✔ Pembukaan Akaun TH  
✔ Pendaftaran Haji  
✔ Kemas kini Maklumat  
✔ Pendaftaran THiJARI  
 
📍 Lokasi & Tarikh:  
📌 Pusat Islam UMS | 8 – 11 April 2025  
📌 DKP Baru UMS | 14 – 18 April 2025  
📌 Perpustakaan UMS | 21 – 23 April 2025  
🕘 Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
 
💡 Tips: Sila muat turun aplikasi THiJARI terlebih dahulu bagi memudahkan urusan anda nanti.
 
📞 Sebarang pertanyaan, hubungi: Hotline: 088-320 624
 
#TabungHajiUMS #KaunterBergerakTH #PusatIslamUMS #ZakatPelajar #THiJARI #UMS #MalaysiaMadani #BertekadCemerlang

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

HUMSPharma Ramadan & Hari Raya Promotion 2025
Product Highlights
Balik Kampung Set Kit
Vivify Product
 
🌙✨ Ramadan & Raya 2025 Bersama HUMSPharma! ✨🌙
 
Selamat menjalani ibadah puasa! 🕌💚 Dapatkan keperluan kesihatan anda dengan PROMOSI ISTIMEWA sempena Ramadan & Hari Raya.
 
Jangan lepaskan peluang ini! Singgah ke HUMSPharma hari ini.
 
Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya! 🎉

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Garis Panduan Skim Dana Living Lab UMS Tahun 2023
 
Assalamualaikum & salam sejahtera
 
YBhg. Datuk / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,
 
HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM DANA LIVING LAB UMS FASA 1/2025
 
Permohonan Fasa 1 dikemukakan melalui SMPPI: 1 April – 9 Mei 2025
 
Saringan Permohonan: 12 Mei – 12 Jun 2025
 
Keputusan Permohonan dan Tawaran: 1 Julai 2025
  
SIla maklum, berikut adalah kriteria umum untuk Permohonan Skim Dana Living Lab UMS Fasa 1/2025:
  • Mempunyai living lab yang telah ditubuhkan di peringkat FAPI
  • Setiap living lab hanya boleh memohon satu dana living lab - tidak boleh memohon sekiranya living lab tersebut masih mempunyai dana living lab yang aktif
  • Keutamaan diberikan kepada pensyarah yang tidak mempunyai geran dalaman sebagai penyelidik utama
Disertakan Garis Panduan Skim Dana Living Lab sebagai rujukan.
 
Untuk sebarang persoalan atau isu, boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyelidik dari Bahagian Pengurusan Strategik & Kecemerlangan Penyelidikan PPP, En. Mohd. Aminur Faiz bin Suis di talian 0195372210 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT (PKK) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.    Sukacita, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof/Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan PKK dengan mengimbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah: 

Pautan Kajian Pelanggan PKK: 

https://eoffice.ums.edu.my/e-respon/kepuasan_pelanggan.php?id=181&key=PKK 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.