Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Penerbit UMS (PUMS).
 
Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan PUMS secara berterusan, YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat mengisi dan melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan PUMS melalui imbasan kod QR di poster atau pautan berikut;
 
 
Maklum balas YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri

 

Salam sejahtera YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Pihak Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri (PKLI) amat mengalu-alukan komen dan cadangan semua warga UMS dan industri  mengenai penyampaian perkhidmatan PKLI dengan mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan yang disediakan di pautan https://bit.ly/KajianKepuasanPelangganPKLI atau imbas kod QR yang disediakan.  
 
Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambah baik mutu perkhidmatan PKLI.  
 
Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.  
 
Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

YBhg. Datuk/ Prof. / Dr./ Tuan/ Puan 
 
Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Ramadan 🌸🪴
 
Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) FSMP akan mengadakan sesi perkongsian ilmu bertajuk Building a Culture of Mental and Emotional Wellbeing in Academia pada ketetapan seperti berikut: 
 
📆 7 Mac 2025 (Jumaat)
⏰ 9.00 pagi
🔗 Secara dalam talian (Webex)
 
 
Penceramah: Dr. Nur Farhana Ardillah binti Aftar, Ketua Program Psikologi, Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial (FPKS)
 
Semua kakitangan dan pelajar adalah dijemput hadir mengikuti sesi ini. Pihak FSMP akan memohon mata IDP & SDP bagi yang hadir ke sesi ceramah ini. 
 
Terima kasih 🪴🌸