Pengumuman Daripada: Bahagian Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

Dato/Datin/Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

 
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
 
NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN BEKALAN ELEKTRIK RING 6 (KOLEJ KEDIAMAN TUN PANGIRAN AHMAD RAFFAE (KKTPAR), DKP 2 (BAHARU) DAN BANGUNAN PASCASISWAZAH PADA 08HB & 09HB MAC 2025
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Adalah dimaklumkan bahawa penutupan bekalan elektrik Ring 6 perlu dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut:
 
Tarikh         :         08hb – 09hb Mac 2025 (Sabtu - Ahad)
Masa           :         8.00 Pagi sehingga 5.00 Petang
Bangunan   :         KKTPAR, DKP 2 (BAHARU), PASCASISWAZAH
Tujuan        :         Kerja-kerja penyambungan kabel elektrik (kabel bawah tanah)
 
Kerja-kerja ini perlu dibuat untuk penyambungan semula kerja-kerja kabel elektrik bawah tanah yang telah dilaksanakan pada 01 dan 02hb Mac 2025 yang lepas.
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara di atas, pihak YBhg.Datuk/Datin,Prof.,Dr.,Tuan/Puan boleh lah berhubung terus dengan Ir. Ts. Hernnie John, Ketua Sektor Kejuruteraan Elektrik, JPP  (016-818 0881), En. Mohd Affandy Damit, Penolong Jurutera Kanan, JPP (019-831 2146) atau En. Zasmin bin Utuh, Penolong Jurutera Elektrik, JPP (013-892 6428).  
 
Segala kesulitan amatlah dikesali.
 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Hal Ehwal Pelajar 

 

Salam sejahtera, YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Bersama-sama ini, disertakan poster berkaitan Borang Penilaian Kajian Kepuasan Pelanggan Jabatan Hal Ehwal Pelajar bagi tahun 2025. Mohon agar  YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dapat meluangkan masa mengisi penilaian tersebut melalui pautan https://eoffice.ums.edu.my/e-respon/kepuasan_pelanggan.php?id=10&key=HEP atau dengan mengimbas kod qr seperti yang tertera pada poster diatas.
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Penerbit UMS (PUMS) mengalu-alukan kakitangan UMS untuk menyertai PUMS sebagai Penyunting Bebas dan Pereka Grafik.
 
Kriteria utama untuk calon-calon yang ingin memohon adalah seperti berikut:
 
PENYUNTING BEBAS
•     Mempunyai kemahiran menyunting naskhah dalam pelbagai genre penerbitan.
•     Mempunyai idea, kreativiti, dan pengalaman luas dalam bidang penyuntingan.
 
PEREKA GRAFIK BEBAS
•     Mempunyai kemahiran dalam menggunakan perisian perekaan buku. 
•     Mempunyai idea, kreativiti, dan pengalaman luas dalam bidang perekaan.  
 
Jika YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan berminat, sila kemukakan resume ke e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau boleh berhubung dengan Puan Ainun Jamil untuk sebarang pertanyaan di talian 013-8711716.
 
Perhatian dan kerjasama YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
 
Sekian.