Pengumuman Daripada: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF)

YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
  
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan dengan mengimbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah:

Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan ASTiF: https://forms.gle/wps4A6bvKEhLo5cj7

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti (CQA)

Perkongsian Amalan Terbaik: Pelaksanaan Tadbir Urus Baik

Tema: Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Pemangkin Pelaksanaan Tadbir Urus Baik (TUB)

Terbuka kepada semua kakitangan JAFPIB untuk berkongsi berkaitan Pelaksanaan SPK sebagai pemangkin Pelaksanaan TUB di JAFPIB masing-masing berdasarkan:

- Pengalaman kerja berkaitan pendekatan PDCA/ pelanggan/ pengurusan risiko

- Pemerhatian berkaitan pelaksanaan SPK dan TUB

- Penghasilan projek-projek inovasi/ penambahbaikan berterusan

- dan lain-lain yang signifikan dengan pelaksanaan SPK dan TUB

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

 

ANJURAN: Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (BPQs), Pusat Jaminan Kualiti (CQA)

🗓 Tarikh : 19 Ogos 2022 (Jumaat)

⏰ Masa : 9.00 Pagi – 4.00petang

🖱️ Tempat : Melalui Kaedah Secara Dalam Talian (webex)

 

Sila klik untuk menyertai👇🏻

🔗 https://bit.ly/3SRYy2o

 

✅ Terbuka untuk semua

✅ Mata IDP disediakan

 

URUS SETIA

Pn. Farazillah Amin: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Bah, jom kita!! 🙋🏻‍♂️🙋🏻‍♀️

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Dengan Segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Pihak MAPITA - Majlis Pengarah ICT Universiti Awam sedang menjalankan kajian ke atas pelaksanaan BYOD. Mohon bantuan kepada semua staf UMS untuk mengisi borang kaji selidik pada pautan berikut:- https://forms.office.com/r/f7WijWCvFE.

Borang soal selidik ini perlu diisi selewat-lewatnya 25 Ogos 2022.

Perhatian dan kerjasama pihak tuan adalah diharapkan dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian Terima Kasih

 

Pengumuman Daripada: Pusat Minda Lestari UMS

YBrs. Dr. /Tuan/Puan/Saudara/Saudari

 

Pusat Minda Lestari, UMS akan mengadakan Sukaneka Tahunan 2022 pada ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh           : 24 & 25 Ogos 2022 (Rabu & Khamis)

🕓 Masa            : 8.00 Pagi - 1.00 Petang

🏡Tempat         : Pusat Minda Lestari, Universiti Malaysia Sabah

 

Aktiviti yang diadakan:

✅ Senamrobik

✅ Perarakan Kontinjen bertemakan Buah-Buahan

✅ Acara Sukaneka Kanak-Kanak

    👉 Taska (Kumpulan Playgroup)

    👉 Tadika (4 - 6 Tahun)

    👉 Transit (7 - 9 Tahun)

    👉 Program Khas (3 - 9 Tahun)

✅ Acara Sukaneka Guru & Ibu Bapa

"Semua dijemput Hadir. Semoga kehadiran YBrs. Dr./ Tuan/Puan/ Saudara/Saudari dapat memeriahkan lagi Sukaneka Tahunan 2022 PML, UMS "

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Fatmah Atuk (Urusetia Sukaneka)

📞016-8283006

Perhatian yang diberikan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.