Pengumuman Daripada: Jabatan Perpustakaan, UMS

 

 

 

Adakah anda masih kekurangan maklumat untuk dijadikan sebagai sumber rujukan? Perlukan bantuan carian maklumat dengan segera?

 

Usah risau, pihak perpustakaan kini menawarkan Perkhidmatan Penyediaan Maklumat Terpilih.

 

Mohonlah sekarang di https://bit.ly/PenyediaanMaklumat

Soalan lazim (FAQ): https://bit.ly/FAQPenyediaanMaklumat

 

Kami sedia menerima permohonan anda! 😉

 

#BantuanCarianMaklumat

#PenyediaanMaklumatTerpilih

#PerpustakaanUMS

 

Pengumuman Daripada: U-Science UMS

Bah jom sertai

PROGRAM 3S: STEM SPEAKER SERIES

 📔 Tajuk: Wonder of Robotics: Present and Future

🗓️ Tarikh         : 25 Ogos 2022

📆 Hari            : Khamis

🕰️ Masa         : 2:00 petang

🔗 YouTube Live

Pautan Link     :  https://youtu.be/X3-fc-xstsY

🆓 Penyertaan adalah PERCUMA untuk semua

📚 Peserta akan mendapat E-Sijil.

 

Anjuran U-Science UMS dengan Sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah

Jom Follow:

Facebook: https://www.facebook.com/Uscience-UMS-107059204930998/

Instagram: https://www.instagram.com/Uscience_UMS.Official

YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCtD_hus5OG-II22UYgfb9Hg

#MingguSainsNegara

#UScienceUMS

#KSTI

#SabahMajuJaya

#UniversitiMalaysiaSabah

#KarnivalSainsSabah

#MerakyatkanSainsMenginsankanTeknologi

#3SSTEMspeakerseries

#sokongpendidikanSTEM

#welearnweplaywediscover

 

Pengumuman Daripada: Sektor Hatceri Krustasia, Institut Penyelidikan Marin Borneo

YBrs Prof. Madya. / Dr. / Puan / Tuan,

HEBAHAN JEMPUTAN MENYERTAI KURSUS KETAM BAKAU SIRI 1/2022 – Anjuran Sektor Hatceri Krustasia, Institut Penyelidikan Marin Borneo

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita ingin di maklumkan bahawa sektor Hatceri Krustasia, Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), berbesar hati menjemput YBrs. Prof./ Dr./ Tuan / Puan dan kakitangan di bawah seliaan YBrs. Prof./ Dr./ Tuan / Puan untuk hadir ke Kursus Ketam Bakau Siri 1/2022 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut;

Tarikh       : 6-7 September 2022

Masa        : 8.00 pagi – 4.00 petang

Kaedah     : online Webex (hari pertama)

                   Fizikal / hands-on (hari kedua)

Bayaran    : RM500.00 / seorang (kadar sehingga 25 Ogos 2022)

                 RM 550.00 / seorang (kadar untuk 26 Ogos – 5 September 2022)

Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang Google-Form melalui pautan https://forms.gle/WgygRrEt7N54uKfX9, sijil akan disediakan kepada mereka yang hadir. Bersama-sama ini dilampirkan poster dan aturcara program berkenaan untuk rujukan YBrs. Prof./ Dr./ Tuan / Puan.

 

Perhatian dan kehadiran YBrs. Prof./ Dr./ Tuan / Puan atau kakitangan dibawah seliaan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF)

YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
  
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan dengan mengimbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah:

Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan ASTiF: https://forms.gle/wps4A6bvKEhLo5cj7

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.