Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti (CQA)

Perkongsian Amalan Terbaik: Pelaksanaan Tadbir Urus Baik

Tema: Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Pemangkin Pelaksanaan Tadbir Urus Baik (TUB)

Terbuka kepada semua kakitangan JAFPIB untuk berkongsi berkaitan Pelaksanaan SPK sebagai pemangkin Pelaksanaan TUB di JAFPIB masing-masing berdasarkan:

- Pengalaman kerja berkaitan pendekatan PDCA/ pelanggan/ pengurusan risiko

- Pemerhatian berkaitan pelaksanaan SPK dan TUB

- Penghasilan projek-projek inovasi/ penambahbaikan berterusan

- dan lain-lain yang signifikan dengan pelaksanaan SPK dan TUB

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

 

ANJURAN: Bahagian Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (BPQs), Pusat Jaminan Kualiti (CQA)

🗓 Tarikh : 19 Ogos 2022 (Jumaat)

⏰ Masa : 9.00 Pagi – 4.00petang

🖱️ Tempat : Melalui Kaedah Secara Dalam Talian (webex)

 

Sila klik untuk menyertai👇🏻

🔗 https://bit.ly/3SRYy2o

 

✅ Terbuka untuk semua

✅ Mata IDP disediakan

 

URUS SETIA

Pn. Farazillah Amin: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Bah, jom kita!! 🙋🏻‍♂️🙋🏻‍♀️

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Dengan Segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Pihak MAPITA - Majlis Pengarah ICT Universiti Awam sedang menjalankan kajian ke atas pelaksanaan BYOD. Mohon bantuan kepada semua staf UMS untuk mengisi borang kaji selidik pada pautan berikut:- https://forms.office.com/r/f7WijWCvFE.

Borang soal selidik ini perlu diisi selewat-lewatnya 25 Ogos 2022.

Perhatian dan kerjasama pihak tuan adalah diharapkan dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian Terima Kasih

 

Pengumuman Daripada: Pusat Minda Lestari UMS

YBrs. Dr. /Tuan/Puan/Saudara/Saudari

 

Pusat Minda Lestari, UMS akan mengadakan Sukaneka Tahunan 2022 pada ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh           : 24 & 25 Ogos 2022 (Rabu & Khamis)

🕓 Masa            : 8.00 Pagi - 1.00 Petang

🏡Tempat         : Pusat Minda Lestari, Universiti Malaysia Sabah

 

Aktiviti yang diadakan:

✅ Senamrobik

✅ Perarakan Kontinjen bertemakan Buah-Buahan

✅ Acara Sukaneka Kanak-Kanak

    👉 Taska (Kumpulan Playgroup)

    👉 Tadika (4 - 6 Tahun)

    👉 Transit (7 - 9 Tahun)

    👉 Program Khas (3 - 9 Tahun)

✅ Acara Sukaneka Guru & Ibu Bapa

"Semua dijemput Hadir. Semoga kehadiran YBrs. Dr./ Tuan/Puan/ Saudara/Saudari dapat memeriahkan lagi Sukaneka Tahunan 2022 PML, UMS "

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Fatmah Atuk (Urusetia Sukaneka)

📞016-8283006

Perhatian yang diberikan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, YBhg. Datuk/Prof./Ts./Ir./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan pihak Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) berhasrat untuk mengadakan satu sesi Taklimat Pengiktirafan Profesional Teknologis dan Juruteknik MBOT khusus untuk warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berkelayakan. Program ini adalah merupakan aktiviti julung kalinya diadakan setelah UMS dilantik menjadi rakan strategik di bawah Program MBOT TechZone Sabah.   Oleh itu, YBhg. Datuk/ Prof./ Ts./ Ir./ Dr./ Tuan/Puan, dijemput menghadiri Taklimat mengikut ketetapan yang berikut: 

Tarikh: 18 Ogos 2022 (Khamis)

Tempat: Galeri Majlis, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Masa: 12.00 tgh - 1.00 ptg

Segala perhatian dan kerjasama dari pihak YBhg. Datuk/ Prof./ Ts./ Ir./ Dr./ Tuan/Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urusetia di talian 0128332445.

Sekian, terima kasih.