PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UMS

SUBJEK: TINDAKAN SEMASA JEREBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ingin berkongsi maklumat berkenaan tindakan yang perlu diambil semasa jerebu.

Oleh yang demikian, warga kampus  adalah dinasihatkan agar menjaga  kesihatan diri dan keluarga. Disarankan supaya menggunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang bersesuaian semasa berada di luar bagi mengelakkan masalah kesihatan respiratori memandangkan cuaca semasa yang berjerebu, khususnya kepada mereka yang mempunyai masalah pernafasan seperti Asma, batuk atau selsema yang berterusan. Sentiasa awasi kesihatan anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu. Sekiranya terdapat sebarang masalah kesihatan, segera mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Universiti atau mana-mana fasiliti kesihatan yang berhampiran. Keselamatan dan kesihatan anda warga kampus menjadi keutamaan kami.

Sekian, Terima Kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SUBJEK: JEMPUTAN KE MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA DI MASJID UMS TAHUN 2019M/1441H

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan;

JEMPUTAN KE MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA DI MASJID UMS TAHUN 2019M/1441H

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam akan mengadakan Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Malaysia pada ketetapan berikut:

Tarikh : 16 September 2019 (Isnin)

Masa : 6.00 Petang

Tempat : Masjid UMS

3. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat memanjangkan jemputan ini kepada semua kakitangan di bawah seliaan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan. Bersama dengan ini disertakan tentatif untuk rujukan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.

Semoga kehadiran YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan ke majlis ini dapat mengimarahkan lagi Masjid UMS seterusnya mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.

Sekian dan terima kasih.

Aturcara Majlis Kesyukuran Sempena Hari Malaysia 2019M (.pdf)