PENGUMUMAN DARIPADA: PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI)
SUBJEK: [DANA KHAS] SATREPS: MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN BAGI TAHUN KEWANGAN 2020
1. Kerajaan Jepun telah memanjangkan permohonan kepada Kerajaan Malaysia untuk menyertai kerjasama teknikal dalam bidang sains dan teknologi (Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development – SATREPS) bagi tahun kewangan 2020. Program ini bertujuan untuk mewujudkan platform kerjasama antarabangsa di antara Jepun dan negara-negara membangun bagi menangani isu global dalam bidang tersebut.
2. Maklumat am dan syarat bagi permohonan ini adalah seperti berikut:
a) Permohonan adalah dengan menggunakan borang sepertimana format Japan’s Technical Cooperation seperti di Lampiran A. Pemohon juga dipohon untuk melengkapkan dan mengemukakan MOE Cost Proforma seperti di Lampiran B. Cost Proforma ini merupakan perincian peruntukan yang dipohon oleh penyelidik Malaysia daripada KPM;
b) Permohonan bagi projek penyelidikan ini adalah terhad kepada empat (4) bidang iaitu Environment and Energy, Bioresources, Disaster Prevention and Mitigation dan Infectious Diseases Control;
c) Kakitangan akademik (aktif) di Universiti Awam perlu mengenal pasti rakan kerjasama (counterpart) di Jepun. Rakan kerjasama Jepun juga perlu mengemukakan permohonan dalam bidang kerjasama yang sama kepada Japan Science and Technology Agency (JST) di bawah Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology (MEXT) Jepun di Tokyo. Rakan kerjasama bagi cadangan penyelidikan dalam bidang Infectious Diseases Control perlu mengemukakan permohonan kepada Japan Agency for Medical Reseach and Development (AMED);
d) Tempoh projek di bawah Kerjasama Teknikal SATREPS adalah tiga (3) hingga lima (5) tahun;
e) Maklumat lanjut mengenai SATREPS (tempoh, peruntukan dan lain-lain maklumat berkaitan) boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang di alamat https://www.jica.go.jp/
f) Semua pemohon perlu membentangkan permohonan kepada Jawatankuasa Penilaian KPM. Sesi pembentangan permohonan dijadualkan pada 30 September 2019 (Isnin) sehingga 3 Oktober 2019 (Khamis).
3. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke PPPI melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau
Lampiran:
PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN PENGURUSAN KUALITI (BPQ), JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: AWARENESS KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN (JULAI - SEPTEMBER 2019)
PENGUMUMAN DARIPADA: FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
SUBJEK: WORLD SUICIDE PREVENTION DAY PROGRAMME
Dear Prof/ Assoc Prof/ Dr / Mr / Mdm / Ms
Kindly be informed that FPSK UMS will be holding the World Suicide Prevention Public Forum on this Saturday, September 14th,2019. Admission is free and walk in registration is allowed.
Please inform your colleagues and relatives to attend this public forum too.
PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK: MAKLUMAN BERKENAAN GANGGUAN CAPAIAN KE SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)
TARIKH: 12 SEPTEMBER 2019 (KHAMIS)
MASA: BERMULA 8.30 PAGI
Gangguan capaian terhadap sistem masih dalam proses penambahbaikan. Pihak teknikal akan membuat pemakluman dari masa ke semasa kepada semua pengguna.
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768