PENGUMUMAN
PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
 
Pengguna Perpustakaan yang dihormati, Untuk Makluman Perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup pada ketetapan  berikut:-
 
06 November 2018    –    Perayaan Deepavali(Selasa)
 
Untuk Perkhidmatan yang berterusan sila layari laman web Perpustakaan UMS seperti berikut:
 
  http://library.ums.edu.my
atau ezproxy.ums.edu.my/login

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM UMS
SUBJEK: JEMPUTAN  MENYERTAI PERTANDINGAN IHTIFAL DAN MUSABAQAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1440H/2018M, UMS
 
YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/Cik
 
Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa JawatanKuasa Ihtifal dan Musabaqah akan mengadakan  pertandingan Nasyid, Marhaban, Tilawah Al-Quran, Kompang, Azan dan Tulisan Khat sempena sambutan Maulidur Rasul s.a.w peringkat UMS 1440H/2018M.
 
Sehubungan itu, kami menjemput YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/ Cik dan seluruh kakitangan dan pelajar di bawah seliaan YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/ Cik untuk menyertai pertandingan Ihtifal dan Musabaqah al-Quran peringkat Universiti Malaysia Sabah.
 
Bersama ini disertakan borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan untuk rujukan dan tindakan YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/ Cik selanjutnya. Untuk keterangan lanjut sila hubungi pejabat Pusat Islam smbgn 2742 atau h.p : 0105063481 (Encik Yusri Sumin) / 0148660654 (Ustaz Md. Nazrie Petir).
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/ Cik dalam perkara ini terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
 
Sekian dan terima kasih.
 
MENYANTUNI UMMAT MEMBAWA BERKAT
 
Yang ikhlas,
MOHAMMAD FAZRI ABDUL HAMID
Pegawai Hal Ehwal Islam
Pusat Islam