PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM UMS
SUBJEK: JEMPUTAN  MENYERTAI PERTANDINGAN IHTIFAL DAN MUSABAQAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1440H/2018M, UMS
 
YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/Cik
 
Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa JawatanKuasa Ihtifal dan Musabaqah akan mengadakan  pertandingan Nasyid, Marhaban, Tilawah Al-Quran, Kompang, Azan dan Tulisan Khat sempena sambutan Maulidur Rasul s.a.w peringkat UMS 1440H/2018M.
 
Sehubungan itu, kami menjemput YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/ Cik dan seluruh kakitangan dan pelajar di bawah seliaan YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/ Cik untuk menyertai pertandingan Ihtifal dan Musabaqah al-Quran peringkat Universiti Malaysia Sabah.
 
Bersama ini disertakan borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan untuk rujukan dan tindakan YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/ Cik selanjutnya. Untuk keterangan lanjut sila hubungi pejabat Pusat Islam smbgn 2742 atau h.p : 0105063481 (Encik Yusri Sumin) / 0148660654 (Ustaz Md. Nazrie Petir).
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/ Cik dalam perkara ini terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
 
Sekian dan terima kasih.
 
MENYANTUNI UMMAT MEMBAWA BERKAT
 
Yang ikhlas,
MOHAMMAD FAZRI ABDUL HAMID
Pegawai Hal Ehwal Islam
Pusat Islam

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
SUBJEK: HEBAHAN PERMOHONAN SUMBANGAN MEJA TERPAKAI UNTUK KEGUNAAN DI SMK TAMBULION, KOTA BELUD
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Pengumuman kepada semua JFPIB yang sedang dalam proses pelupusan perabot khususnya meja yang masih boleh digunakan, dilampirkan surat permohonan sumbangan meja terpakai daripada SMK Tambulion, Kota Belud  yang memerlukan sebanyak 40 buah meja untuk digunakan di bilik-bilik khas dan asrama sekolah bagi menggantikan perabot yang telah uzur.
 
Sebarang makluman atau pertanyaan lanjut, bolehlah berhubung terus dengan En. Shaiful Ridhuan Mahali (Pengetua SMK Tambulion) di talian 013-8092023 atau Pn. Rose Alsie Asah (PK HEM) di talian 016-8228075.
 
Sekian dan terima kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT KERJAYA UMS

SUBJEK: PROGRAM BANK RAKYAT EDU FAIR 2018

enlightenedTentatif

"DIJEMPUT SEMUA STAF UMS UNTUK HADIR BERSAMA KE PROGRAM BANK RAKYAT EDU FAIR 2018 PADA 25 OKTOBER 2018(KHAMIS) BERTEMPAT DI AUDITORIUM PERPUSTAKAAN UMS PADA JAM 8.00 PAGI - 4.00 PETANG.MATA IDP AKAN DISEDIAKAN'.
*JAMUAN MAKAN HANYA AKAN DISEDIAKAN UNTUK PELAJAR*