PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, UMS
SUBJEK: MAKLUMAN PENGISIAN BORANG PENILAIAN LATIHAN
 
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Y.Brs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Adalah dimaklumkan, Sektor Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dalam proses untuk mengemaskini rekod Mata IDP kakitangan universiti. Ini bagi memastikan semua kakitangan universiti mencapai mata IDP minima melalui latihan yang telah dihadiri.
 
Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak Y.Brs. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan untuk menyemak maklumat IDP masing-masing di HR-Online dan mengisi Borang Penilaian Latihan (UMS/PU/09/02) bagi latihan yang telah dihadiri untuk tujuan pengemaskinian tersebut sebelum penilaian oleh Ketua Jabatan di JFPIU. Kegagalan pihak Y.Brs. Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan berbuat demikian akan menyebabkan 8% daripada mata e-LNPT ditolak. (Bagi kakitangan pentadbiran sahaja)
 
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak Y.Brs. Prof.Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan boleh hubungi pegawai berikut ;
NAMA PEGAWAI
NO. SAMBUNGAN
CATATAN
Pn. Hayati Salleh Baihaki
1437
Unit Latihan Akademik
Pn. Erna Jeferin
1327
Unit Latihan Akademik
En. Adrian Amatus
1132
Unit Latihan Akademik
En. Mohd. Aiddy Suffian Abd. Rashid
1042
Unit Latihan Pentadbiran
En. Mohd Nizam Abd Mutallib
1525
Unit Latihan Pentadbiran
En. Sufiyan Bin Ali Hussin
1036
Unit Latihan Pentadbiran
 
Perhatian dan kerjasama pihak Y.Brs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

PENGUMUMAN

PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

 

WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN INDUK SEMASA CUTI   PERTENGAHAN SEMESTER I SESI 2018/2019 BERMULA  03 – 11 NOVEMBER 2018  ADALAH SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

 

ISNIN – KHAMIS       : 8:30 PAGI – 5:00 PETANG

JUMAAT                     : 8:30 PAGI – 11:30 PAGI

                                      : 11:30 PAGI – 2:00 PETANG ( TUTUP )

                                      : 2:00 PETANG – 5:00 PETANG

SABTU                         : 9:30 PAGI – 1:00 PETANG

 

AHAD & CUTI AM   : TUTUP

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUBJEK: TARIKH AKHIR PERMOHONAN BYOD FASA 2 BAGI TAHUN 2018
 
Makluman kepada kakitangan UMS yang berkelayakan.  Tarikh akhir permohonan BYOD fasa 2 bagi tahun 2018 adalah sebelum atau pada 5 November 2018. Mana-mana permohonan selepas tarikh tersebut  akan diproses pada tahun 2019 tertakluk prosedur terpakai pada tahun berkenaan.
 
Permohonan boleh dibuat  melalui portal staf.
 
 
Sekian, terima kasih

PENGUMUMAN
PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
 
Pengguna Perpustakaan yang dihormati, Untuk Makluman Perkhidmatan Perpustakaan akan ditutup pada ketetapan  berikut:-
 
06 November 2018    –    Perayaan Deepavali(Selasa)
 
Untuk Perkhidmatan yang berterusan sila layari laman web Perpustakaan UMS seperti berikut:
 
  http://library.ums.edu.my
atau ezproxy.ums.edu.my/login