Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek: Makluman Pengisian Borang Penilaian Latihan
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan, Sektor Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar dalam proses untuk mengemaskini rekod Mata IDP kakitangan universiti. Ini bagi memastikan semua kakitangan universiti mencapai mata IDP minima melalui latihan yang telah dihadiri.

3.         Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak Y.Brs. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan untuk menyemak maklumat IDP masing-masing di HR-Online dan mengisi Borang Penilaian Latihan (UMS/PU/09/02) bagi latihan yang telah dihadiri untuk tujuan pengemaskinian tersebut sebelum penilaian oleh Ketua Jabatan di JFPIU. Kegagalan pihak Y.Brs. Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan berbuat demikian akan menyebabkan 8% daripada mata e-LNPT ditolak. (Bagi kakitangan pentadbiran sahaja)

4.         Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak Y.Brs. Prof.Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan boleh hubungi pegawai berikut ;

 
NAMA PEGAWAI
NO. SAMBUNGAN
CATATAN
Pn. Hayati Salleh Baihaki
1437
Unit Latihan Akademik
Pn. Erna Jeferin
1327
Unit Latihan Akademik
En. Adrian Amatus
1132
Unit Latihan Akademik
En. Mohd. Aiddy Suffian Abd. Rashid
1042
Unit Latihan Pentadbiran
En. Mohd Nizam Abd Mutallib
1525
Unit Latihan Pentadbiran
En. Sufiyan Bin Ali Hussin
1036
Unit Latihan Pentadbiran
 
Perhatian dan kerjasama pihak Y.Brs. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.
 
SEKSYEN PEMBANGUNAN PROFESIONAL
Unit Latihan Akademik & Pentadbiran
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Malaysia Sabah