PENGUMUMAN DARIPADA :           PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK :           PELAWAAN MENYERTAI GIST APEC STARTUP TRAINING (22 – 26 OKTOBER 2018)
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Dimaklumkan Sekretariat Global Innovation through Science and Tchnology (GIST) akan menganjurkan program  GIST APEC Startup Training di Brisbane, Australia yang akan diadakan pada 22 hingga 26 Oktober 2018.
 
Permohonan boleh dibuat melalui website  http://www.gistnetwork.org/GISTAPEC2018 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2018 (Jumaat).
 
Bersama ini dilampirkan brochure berkaitan daripada pihak penganjur untuk makluman serta rujukan di pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan. Sebarang maklumat lanjut mengenai program tersebut juga boleh layari website sepertimana di atas.   
 
Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN KESELAMATAN
SUBJEK  :  PERINGATAN KESELAMATAN –
LARANGAN MENDEKATI KAWASAN BERDEKATAN PERANGKAP MONYET YANG DIPASANG SEKITAR KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN
 
 
PERINGATAN KESELAMATAN
 
 
Berikutan aduan gangguan dan ancaman haiwan liar (monyet) di sekitar kawasan kolej kediaman pelajar, pihak jabatan hidupan liar sabah melalui wildlife rescue unit (wru) telah memasang perangkap monyet di sekitar kawasan kolej kediaman, universiti malaysia sabah. Sehubungan itu, semua warga universiti dilarang untuk mendekati kawasan sekitar perangkap tersebut berikutan risiko serangan daripada kawanan monyet tersebut terutama serangan daripada alpha male (monyet jantan dominan kawanan tersebut). Selain itu, kehadiran manusia di sekitar kawasan perangkap akan menyebabkan monyet yang telah masuk ke dalam perangkap menjadi tertekan (stress) dan menjadi garang/ganas.
 
Kerjasama dan tindakan semua pihak berhubung perkara ini amatlah dihargai.
 
 
Sekian dan terima kasih.