MAKLUMAN DARIPADA:  PUSAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UMS
SUBJEK:   MAKLUMAN KERJA-KERJA PEMBINAAN HOSPITAL UMS
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ingin berkongsi maklumat berkenaan kerja-kerja pembinaan hospital yang sedang dijalankan berhampiran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Dewan Kuliah Pusat 2 dan Kolej Kediaman Kampung E. 
 
Oleh yang demikian, warga kampus termasuk pelajar adalah dinasihatkan agar menjaga keselamatan dan kesihatan diri agar tidak menghampiri kawasan tersebut. Disarankan supaya menggunakan penutup mulut (mask) yang bersesuaian semasa berada di luar bagi mengelakkan masalah kesihatan respiratori memandangkan cuaca semasa yang agak panas, berangin dan berhabuk, khususnya kepada mereka yang mempunyai masalah pernafasan seperti Asma, batuk atau selsema yang berterusan. Radang pada mata akibat kemasukan habuk juga boleh mendatangkan masalah kesihatan yang serius. Sekiranya terdapat sebarang masalah kesihatan sila dengan segera mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Warga atau mana-mana pusat rawatan berhampiran. Keselamatan dan kesihatan anda warga kampus menjadi keutamaan kami.
 
Sekian, Terima Kasih.

MAKLUMAN DARIPADA:  PUSAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UMS
SUBJEK:  MAKLUMAN PELAKSANAAN LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) DI UMS
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ingin berkongsi maklumat berkenaan pelaksanaan Latihan Kebakaran (Fire Drill) di UMS yang akan diadakan beberapa JFPIU sekitar bulan Mac dan April 2016. 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Latihan Kebakaran (Fire Drill) akan diadakan dibeberapa JFPIU seperti Pusat Penataraan Ilmu dan Bahasa (PPIB), Pusat Pengajian Pascasiswazah (PASCA), Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA) dan beberapa JFPIU lain pada masa akan datang.
 
Oleh yang demikian, warga kampus UMS yang berada sekitar kawasan JFPIU yang disebutkan di atas adalah dinasihatkan agar tidak panik dan memberikan kerjasama agar pelaksanaan Fire Drill tersebut berlangsung dengan jayanya.
 
Sekian, Terima Kasih.

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN (ERDEC)
SUBJEK : PROGRAM MY BEST BUY
 
Sukacita dimaklumkan bahawa semua kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Sabah dijemput hadir ke Program My Best Buy yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh            : (Setiap Khamis) Bermula 25 Februari 2016
Masa              : 3.00 petang – 8.00 malam
Tempat           : Tapak Letak Kenderaan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar
 
Kehadiran anda ke program ini akan memeriahkan lagi Program My Best Buy pada kali ini

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.