Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Merdeka & Hari Malaysia 2024 Promo
Balik Kampung Set Kit
VIVIFY Herbal Soap & TREAL Shampoo
 
Selamat Hari Merdeka & Hari Malaysia 2024 dari HUMS Pharma! 🇲🇾
 
Dalam semangat kemerdekaan, kami di HUMS Pharma ingin menghargai sokongan anda dengan tawaran diskaun istimewa!
 
Nikmati diskaun 5-10% untuk semua produk kesihatan dan suplemen sepanjang bulan Ogos hingga September.
 
Jangan lepaskan peluang untuk menjaga kesihatan anda sambil meraikan hari bersejarah ini bersama kami.
 
Kunjungi HUMS Pharma hari ini dan manfaatkan promosi hebat ini! Merdeka! Malaysia Madani! 🎉
Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH)

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
YBhg. Prof Dr./ Dr./Tuan/Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan Kursus Latihan Eksekutif Halal Siri 4/2024 pada:
 
Tarikh: 30 September 2024 - 9 Oktober 2024 (10 hari termasuk Sabtu dan Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi: Fakulti Sains Makanan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah
Yuran: RM600 sahaja! (Harga Asal: RM3,500)
Sasaran Peserta: Pelajar atau lepasan kolej dan universiti di bawah umur 35 tahun
 
Untuk makluman, yuran kursus berjumlah RM600 merupakan harga istimewa untuk pelajar atau lepasan kolej dan universiti di bawah umur 35 tahun. 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.
 
Pautan Borang Pendaftaran Kursus Latihan Eksekutif Halal Siri 4/2024: 
 
Sekian, terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Digital

 

Sesi Dialog Awam [Townhall] Perkhidmatan Digital :
Sejauh manakah tahap kepuasan perkhidmatan Digital Kita?
 
🗓️ Tarikh  : 24 September 2024 (Selasa)
⏰ Masa   : 02.30 Petang
📍 Tempat : Auditorium, Jabatan Digital
 
🎤 Bersama:
1. Prof. Dr. Ag. Asri Bin Ag. Ibrahim (Ketua Pegawai Digital [CDO])
2. Ts. Effendy Hadis ( Pengarah Jabatan Digital merangkap Ketua Pegawai Teknologi [CTO])
3. Dr. Hjh Farashazillah Binti Yahya (Pengarah, Pusat Pengurusan Data dan Kecerdasan Buatan merangkap Ketua Pegawai Data dan Kecerdasan Buatan [CDAO])
4. Dr. Suraya Binti Alias (Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Data dan Kecerdasan Buatan)
5. En. Abdul Idris Benu ( Timbalan Pengarah Infrastruktur dan Keselamatan ICT merangkap Ketua Pegawai Keselamatan Siber [CCSO])
6. En. Thomas Geogre Timin (Timbalan Pengarah Infostruktur dan Solusi Masa Hadapan merangkap Ketua Pegawai Pembangunan Aplikasi [CADO])
🤵🏽‍♂️ Moderator:
7. En. Suprianto Mohd Noor (Ketua Bahagian Governan ICT dan Strategik)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH)

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 28 September 2024 (Sabtu)
 
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari (Secara dalam talian)
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.
 
Pautan Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan SLPM UMS 2024: 
 
Sekian, terima kasih.