UMS Buka Pejabat Satelit Di China

RABU, 30 SEPTEMBER – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melangkah setapak lagi dalam meluaskan jaringan antarabangsanya melalui pembukaan Pejabat Satelit UMS di Harbin, China, semalam.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata, telah menjadi hasrat beliau untuk melebarkan jenama UMS ke negara China dalam usaha universiti untuk memperkasa pengantarabangsaan.

“Alhamdulillah, terpahat satu sejarah istimewa buat universiti yang mana UMS kini mempunyai Pejabat Satelit UMS di Harbin, China.

“Ucapan terima kasih kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Zaki Tun Azmi atas sokongan yang diberikan sehingga tertubuhnya pejabat satelit ini,” katanya.

Pembukaan pejabat satelit tersebut dirasmikan Datuk Mary Yap yang turut serta dalam lawatan kerja bersama rombongan UMS ke China.

Menurut Datuk Harun lagi, lawatan kerja ke China tersebut turut menyaksikan UMS memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama universiti di Harbin, China bagi kerjasama penyelidikan akademik dan mobiliti pelajar.

Pada lawatan itu, rombongan UMS turut disertai Tun Zaki, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. D Kamarudin D Mudin, dan Pemangku Pengarah Pusat Hal Ehwal Antarabangsa UMS, Molly Donna Awang Sham.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.