RABU, 9 OGOS - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyampaikan replika cek bernilai RM31,424,050.00 kepada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah di Bilik Danum, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, kelmarin.
Daripada jumlah itu, RM31,000,050.00 adalah sebagai bayaran bagi premium tanah dan yuran penyaksian, manakala selebihnya iaitu RM424,000.00 adalah bayaran cukai tanah bagi tahun 2017 bagi tapak cadangan Hospital Pengajar UMS.
Majlis penyampaian cek disempurnakan Naib Canselor UMS, Prof. Dr. D. Kamarudin D. Mudin kepada Pengarah JTU Datuk Haji Safar Untong, di hadapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.
Datuk Haji Safar dalam satu kenyataan memaklumkan Kerajaan Negeri telah memberi lampu hijau kepada projek itu kerana ia memberi faedah kepada ahli akademik dan juga orang awam secara menyeluruh khususnya dalam peningkatan taraf kesihatan.
“Apabila hak milik tanah itu dikeluarkan, UMS hanya dikenakan premium tanah nominal tetapi sekatan tertentu dimasukkan untuk membolehkan Kerajaan Negeri mendapatkan semula premium pindah milik penuh tanah,” katanya.
Hadir sama Pegawai-pegawai Utama UMS dan pegawai-pegawai dari JTU Sabah.



SELASA, 8 OGOS – Pasukan bola tampar wanita Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengharumkan nama universiti apabila muncul juara pada kejohanan Sukan Staf antara Universiti-Universiti Awam Malaysia (SUKUM) yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.
SELASA, 8 OGOS - Pusat Perakaunan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Seminar Penyelidikan Perakaunan 2017 baru-baru ini.
ISNIN, 7 OGOS - Kejadian tumpahan merkuri di makmal Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dilaporkan dalam akhbar tempatan bertarikh 5 Ogos 2017 merupakan sebuah insiden kecil yang melibatkan sebatang termometer merkuri yang pecah semasa kerja penyelidikan dijalankan.
JUMAAT, 04 OGOS - Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) sekali lagi mempamerkan kecemerlangan pada Konvensyen KIK peringkat Universiti Awam (UA) yang berlangsung selama tiga hari sehingga kelmarin.