ISNIN, 10 OKTOBER - Guru Besar Bidang Ilmu Pembangunan Ekonomi Industri dan Kebijakan Publik, Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, Universitas Nasional Indonesia (UNAS), Prof. Dr. Yuddy Chrisnandi menyenaraikan lima senario untuk kerjasama pintar Malaysia-Indonesia.
Katanya, yang pertama Malaysia dan Indonesia perlu mempunyai kerjasama yang lebih kuat dan erat.
“Kerjasama ini bukan hanya sekadar di antara kedua-dua negara ini tetapi juga dengan seluruh negara-negara di ASEAN,” katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk Hubungan Malaysia-Indonesia: Satu Permerhatian Kritis.
Menurut beliau, Indonesia dan Malaysia juga harus ada kesamaan pandangan politik mengenai konflik-konflik dunia.
Katanya, keseragaman pandangan ini penting dan ia boleh memberi dukungan terhadap keputusan-keputusan yang dibuat oleh kesatuan-kesatuan di peringkat antarabangsa.
Selain itu, Dr. Yuddy menyarankan Malaysia dan Indonesia juga perlu meningkatkan kerjasama pertahanan dengan lebih intensif.
“Umpamanya, kerjasama dalam latihan ketenteraan seperti pertukaran medan latihan dan smart partnership untuk memperkuatkan pertahanan negara masing-masing,” kata mantan menteri Pemberdayaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi Republik Indonesia itu lagi.
Beliau turut menyenaraikan pemahaman budaya antara kedua-dua negara dan budaya di ASEAN sebagai saranan keempat senario kerjasama yang boleh diamalkan.
“Tidak perlu tuntut itu warisan turun temurun kami, atau seni itu dan ini berasal daripada nenek moyang kami. Tidak perlu berdebat akan perihal yang tidak penting,” katanya.
Akhir sekali jelasnya, kerjasama Malaysia dan Indonesia boleh diperkukuhkan melalui kepimpinan bersama.
“Dalam kaedah ini, kedua-dua negara harus sentiasa mempunyai pandangan yang sama,” katanya.
Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UMS, program itu turut dihadiri Dekan PPIB, Prof. Madya Dr. Jualang @ Azlan Abdullah Gansau.



JUMAAT, 7 OKTOBER – Penganjuran sambutan Bulan Kreativiti dan Inovasi (KreaNova) sepanjang bulan Oktober ini mampu menjadi platform untuk memberi ruang dan peluang kepada kakitangan dalam membantu organisasi memilih, mengenal pasti dan menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja, melalui kreativiti dan inovasi dalam kalangan kakitangan.
JUMAAT, 7 OKTOBER – Penganjuran SME@UMS mampu membantu kumpulan Ketua Eksekutif (CEO) bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan.
KHAMIS, 06 OKTOBER - Hampir 500 paserta hadir pada Persidangan Kejururawatan Antarabangsa ke-2 anjuran Jemaah Kejururawatan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Hotel Promenade Kota Kinabalu, yang dihostkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini.
KHAMIS, 6 OKTOBER – Penganjuran Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk (DDMM) Fasa 3 di Dewan Kuliah Pusat 2, Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini mendapat sambutan hangat dengan penyertaan hampir 80 orang peserta dari dalam dan luar UMS.