JUMAAT, 17 JUN - Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menawarkan pakej bufet berbuka puasa pada kadar harga yang berpatutan.
Menurut kenyataan fakulti itu, pakej berkenaan diadakan selama dua hari iaitu pada 21 dan 22 Jun 2016 bermula pukul 6.00 petang hingga 8.30 malam.
Bertempat di ‘Mock Restaurant ’ FSMP, kadar bayaran yang dikenakan adalah serendah RM40 seorang dengan pelbagai jenis juadah berbuka yang disediakan.
Pada hari pertama, lauk utamanya ialah Ayam Panggang Barbados, Daging Masak Lada Hitam, Ikan Asam Pedas, Sotong Goreng Tepung , Brokoli Masak Sos Tiram, Ulam-ulaman dan Sambal Belacan.
Hari kedua pula, sajian utamanya ialah Ayam Percik, Rendang Daging, Sup Tom Yam Campur, Ikan Masak Lemak, Sayur Campur, Ulam-ulaman dan Sambal Belacan.
Lauk utama tersebut disajikan dengan pelbagai sajian pembuka selera di samping pelbagai pilihan minuman dan pencuci mulut.
Sehubungan itu, mereka yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi Nurshada Ramdin di talian 014-9523152 atau Amry Rahmat 014-8645733.



KHAMIS, 16 JUN – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar baru-baru ini tampil menghulurkan bantuan kepada lebih 2,000 mangsa kebakaran dalam tragedi 23 Mei di Kampung Landung Ayang, Kudat.
RABU, 15 Jun - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Kumpulan Penyelidikan ‘Sustainability Initiative in the Marginal Seas of South and East Asia’ (SIMSEA) baru-baru ini.
SELASA, 14 JUN – Pusat Minda Lestari (PML) baru-baru ini menganjurkan Temasya Sukaneka bagi program Tadika Minda Lestari buat julung-julung kalinya dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), PML.
ISNIN, 13 JUN - Sempena bulan Ramadan ini, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Keusahawanan (ERDEC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Bazaar Ramadan UMS bertempat di Perkarangan Anjung Siswa.