- Jumlah paparan: 8253
Program Motivasi Pelajar SMK Elopura Bestari Bersama Kolej Kediaman USIA-1Borneo UMS
KHAMIS, 14 APRIL - Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman USIA-1Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan program motivasi bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura Bestari, Sandakan baru-baru ini.
Bertemakan “Go on, do it now” , program motivasi yang dikendalikan oleh 23 pelajar Kolej Kediaman USIA-1Borneo bersama-sama pengetua kolej, Sidah Idris dan dua felo penasihat itu disertai oleh 34 orang pelajar tingkatan empat dan lima dari sekolah tersebut.
Program yang berlangsung selama dua hari ini antara lain bertujuan untuk membimbing pelajar dari segi pembangunan insaniah dan rohaniah.
Menerusi program ini para peserta telah didedahkan lebih kepada penggunaan ciri-ciri softskills pelajar, selain aktiviti pembentukan daya saing yang bertujuan menanam semangat tidak mudah berputus asa dengan halangan dan kekurangan yang dihadapi.
Program ini turut mendapat sokongan sendiri oleh pengetua SMK Elopura Bestari, Hajah Kalsom Abd Aziz yang turut mengharapkan agar aktiviti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.
Sumber: Jabatan Hal Ehwal Pelajar



KHAMIS, 14 APRIL Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) melalui Exco Akademik dan Kepimpinan telah menganjurkan program Kem Debat bertempat di Dewan Serbaguna kolej tersebut, baru-baru ini.
RABU, 13 APRIL - Exco Perhubungan Korporat Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS), Kolej Kediaman Tun Mustapha ( KKTM ) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Organisasi dan Celik ICT baru-baru ini.
RABU, 13 APRIL - Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul, menerima anugerah antarabangsa, The Golden Globe Tigers 2016: Anugerah Kepimpinan Kecemerlangan dalam Inovasi Sosial.
SELASA, 12 APRIL - Seramai 80 peserta merangkumi Majlis Perwakilan pelajar (MPP), Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS), kelab, sekretariat, dan fakulti universiti menjayakan Kursus Etiket dan Protokol di Bilik Seminar, Anjung Siswa UMS baru-baru ini.